Sunday, 12 May 2013

ALL ABOUT MATTHEW

Sapa Matthew ni?  Kenapa tetiba je nak crita pasal Matthew.  Hihihi petang tadi Matthew datang tolong kita orang kat stall, bila tengokkan perangai, gaya bahasa dia dan kemesraan dia kekadang aku terlupa yang dia ni anak Cina.

Matthew ni kawan anak aku.  Sebaya dengan AbangLong.  Selalu datang kerumah, lepak2.  Sesuai ke guna word selalu, sebab most of his free time dia ada je tercongok kat rumah aku.  Masa aku tengah tulis N3 ni (7.53pm 12/5/2013) Matthew ada kat depan tu tengok tv dengan angah, sebab aku bagitau Matthew petang tadi mlm ni angah nak kena siapkan tempahan untuk pagi esok.  Aku janji nak masak, dan makan ramai2.

 Satu yang lucu dengan si Matthew ni, kekadang kalau pagi2 dia tak da buat apa, awal pagi dia dah ada kat rumah aku.  Biasanya aku pagi2 dah bukak pintu rumah, bukannya apa suka rasa sejuk angin pagi.  Lepas tu aku akan ke dapor dan biarkan  je pintu depan tu terbuka, tapi pagar aku tutup tanpa dikunci.  Selalunya aku akan terkejut dengan kehadiran Matthew y ng dah tersengih-sengih kat ruang tamu tengah main laptop.  Oh lupa lak, Matthew ni diam setaman dengan kitaorang.  Kalau cakap Melayu, toksah nak cakap lagilah, memang bunyik orang Melayu.

Aku pernah jugak berbual ngan Mak Matthew ni, masa aku buat sale tupper (garage sale).  Mak dia ada tanya aku selaluka Matthew pergi sini, aku jawab kalau anak2 bujang aku ada rumah memang kesinilah si Matthew ni.  Sejak haritu bila maknya tak dapat contact Matthew, dia akan kol aku.  Ada satu hari tu ikot aku sekeluarga pergi bermalam ke Sematan.  Mak Matthew bagitau aku yang si Matthew ni memilih makannya, tapi setau aku apa je yang aku masak dan aku hidang Matthew lantak je.  Entahlah Matthew, Matthew.

Pernah satu hari tu , mereka semua lepak kat ruang tamu, ada yamg main guitar, ada yang jadik penyanyi, ada yang main online game.  Tak lama lepas tu kedengaran azan Asar dari surau terdekat. Lepas Hubby solat, dia pon ke ruang tamu dan tanya "Semua dah solat ke?", masing2 tunduk dah tak menjawab, tetiba Mathew pulak yang menjawab...............nak tau Matthew jawab apa?

"Belum lagi uncle", suasana yang senyap taditu terus jadi gempak dengan ketawa yang lainnya sebab Matthew non-muslim.  Anak aku pon jawablah balik, Matthew ko memanglah belom solat, hari ni belom Ahad.  Jahat dia orang ni ketawakan Matthew.  Tapikan aku tengok Matthew macam buat deekk je.

Hari ni Matthew cerita pasal dia tempah kek special untuk Hari Ibu (dia part time keja kat bakery),"Auntie buatlah kek hari ibu, tadi saya dah tempah satu kek yang kedai tu tak pernah pon buat untuk pelanggan lain, saya yang first request".  Dalam hati aku oooiii baiknya budak ni. "Kek apa" tanya aku kat Matthew "Strawberry Moose!".  Aku tanya Matthew emak die suka strawberry ke? dan jawapan sempoi dari Matthew "tak dalah auntie, saya teringin nak rasa kek tu" bertuah betol anak Cina ni.

Moral dari cerita aku ialah, mereka ni tak kenal apa itu perkauman.  Kenapa demi untuk kepentingan diri dan politik, kita sanggup membangkitkan isu perkauman dan bermusuhan.  Dimanakah rasa hormat menghormati antara kita.  Janganlah kita pupuk rasa perkauman dijiwa muda. Alangkah baiknya kalau kita ada sekolah nasional tanpa aliran bangsa.

Matthew belajar di Sekolah Kebangsaan, dan rakan2 sekolah adalah sahabat baiknya dan juga jirannya.
{ps aku nak curik snap gambar Matthew tadi tapi dia perasanlah pulak)

No comments:

Post a Comment