Thursday, 2 May 2013

KENAPA BLOGGING

Sharing is caring, tapi bunyinya skema sangat kan.  Infact that's fact.  Along sebenarnya pernah jugak terfikir ada masa ke nak handle semua benda, ialah emak kepada 4 orang anak, isteri kepada seorang suami (hahaha gila ada byk suami), anak kepada sepasang ibubapa dan 2 orang mak mertua (don't ask hihihi), jururawat kepada pesakitnya dan bla,bla,bla.  Kalau dah sibuk sangat kenapa gatal2 nak blogging? Haaaaa nak tau?



Along punye daily life is very routine.  Bangun pagi buat sarapan, layan suami dan ank2 nak ke sekolah, siap pergi kerja (8-5) and overtime twice a week (5-9), hujung minggu spent time with parents dan waktu cuti jalan2.  Semuanya atas garisan, tak boleh salah takut tergelincir.  Masa memang packed.  

Kalo dulu, along suka senyum2 sorang tulis apa yang berlaku everyday kat dalam diary.  Sebelum tido along akan duduk tulis diary.  Tapi banyak benda yamg happening yang along rasa along patut share dengan adek beradek dan kengkawan, along tak dapat nak buat.  Macam macam yang along nak share, tapi kalau sekadar nak chat ke, nak sms tak seronok, macam tak live lah..  Kengkadang masa pulak tak cun nak share, ialah bila dah umur macam along ni banyak hal yang nak kena consider.....(tak payah tanya umur along brapalah, nanti kalo baca n3 along yang lain boleh congak brapa umur along hahaha).  

Jadi kesimpulan cewah, kalau along tulis blog, apa je yang along nak share, along boleh criter dari a - z. kalo along nak kol sorang2 member nak criter, alamatnya member punye telinga akan berasap. Kalau nak sembang masa time sama2, nanti orang menyampah lah pulak sebab asyik nak dengar cerita die je (hahaha sedar diri beb).  Bila blogging, bolehlah share dan bila dia orang ada masa atau teruja nak find out ape yang along nak ceritakan kat dia orang, mereka jenguk je kat blog along.  

Banyak benda yang along suka nak share, macam tempat2 yang along pergi, resepi sempoi yang along suka, hari-hari yamg happening, ada satu lagi interesting matter yang along tak pernah share dalam blog along.  Nak tau apa dan kenapa?   

Kenapa, sebab along tak sure adek-beradek along dan kengkawan along nak ke baca.  Sebab along menulis sebab nak sharing.
Apa dia benda tu....hihihi  DIABETIC FOOT.

Nantilah kalo ada yang selalu tanya along pasal benda ni, and what happen everyday managing diabetic foot ni along akan cerita.  Buat masa ni along suka share yang mereka interested nak tau.......c ya.

No comments:

Post a Comment