Wednesday, 1 May 2013

MAK I'M PRETTY SURE SHE'S HILDA.......WINK!

Sorry boss, another day of EL (emergency leave). Wani masih lagi tak brapa sihat.  Walaupun dah mula berselera dan suhu dah turun sikit, tapi tak sampai hati nak tinggalkan dia.

Pagi tadi ada temujanji lagi ke klinik, review blood test.  Platelets count improving, result more of viral infection.  Baby pon tak brapa sihat, ikut jugak sekali ke klinik.  Habis je klinik session, tanya Wani nak mkn apa2 tak?  "McDonalds!".


Masa tengah breakfast kat McDonalds, aku perasan Baby  staring at one beautiful lady yang tengah breakfast sambil at work ngan laptop dia.  Along tak kisah, terusje layan Wani makan.  Dalam hati terdetik jugak, kenapa dengan Baby ni macam tak pernah tengok orang je.  Bila Baby asyik je tenung lady tu, dengan riak muka yang ada something je, along pon toleh kat lady tu.  Masa tu jugak Baby cakap "Mak tu bukan peserta Amazing Race ke?".  Serius along bagitau, along memang tak mengikuti rancangan tu so along have no idea.

Masa along toleh sekali lagi, the lady pon menoleh sama kat along.  Tak nak buat dia rasa tak selesa, along pon bagitaulah dia "My son kata you look like Amazing Race contestant".  Dia senyum dan perlahan je dia jawab "yalah tu".  Then we have a coffee smalltalk, dia kata dia tengah sambung belajar.

I shud have taken her photo, but unfortunately gadget abis bateri.  Kat bawah ni foto Hilda dari Amazing Race Asia Ke 4.



Masa nak keluar McDonalds tu, Baby bagitau along "Mak nak tau kenapa Baby ingat sangat2 muka dia?"  Korang cuba teka kenapa Baby ingat sangat dengan Hilda? ............................................................................................................................................................................................................sebabnya "Dia adalah peserta yang kuat nangis kat dalam tu dan Baby ingat lagi masa naik tangga Batu Caves dia cakap "Kepak dah kamek tok".  And that was 2010.   Kalau betol yang kami met tu Hilda you still look good, and you are beautiful!

No comments:

Post a Comment