Tuesday, 7 May 2013

PERSONALITY

Assalamualaikum, hihihi Selamat pagi (by the time korang baca n3 ni dah tghari kot).  Pagi ni sejuk je, hujan renyai2 subuh tadi.

Korang pernah dengar tak atau pun korang sendiri pernah cakap, perempuan ni kalau pasal bag atau handbag memang complicated.  Yalah kalo nak gi shoppin handbag nye lain, kalau nak pergi dinner lain handbagnya (korang cam tu jugak ka?). So dah namanya perempuan akupun macam tu, jugak bag2 aku
mewakili job description aku.............tandatanya.



Nilah tiga bijik beg yang aku angkut tiap hari pegi keja.  Setiap beg ni ada personality dan job description tersendiri.  Okay kita mulakan dengan beg yang job description paling simple.
Yang putih ni bag 8-5 aku yang besa2je.  Aku tak brapa pun dengan handbag atau tote bag. Maksud aku besa2 je ialah buat keja biasa, aku tak de extra job.  Kat dalam pon biasa je lah, purse, alat tulis dan gadget.

Ha, biasanya kalau aku bawak beg ni, angin tak brapa nak elok.  Dalam bag ni ada apa? Ada laptop, student nurses report dan yang paling penting, bag ni tandanya aku banyak paperwork.  Paling2 tak suka. (jangan cakap aku malas tau, aku lagi suka clinikal job dari buat returnlah, censuslah).  
Ha recently aku dah mula bawak bag ni.  Sebabnya aku kena buat ot. Dalam ni ada macm2 tapi yang paling penting aku punya laptop adn gedget lain........paling penting.  Personal thing like basic skin care (make-up lebih2 tak de ya, so sesapa yang nak pinjam eye shadow ke, blusher ke memang tak de.  Lipstick pun ikotlah) towel kecik.

Tulah aku cakap perempuan dengan bag memang ada complicated relationship.



No comments:

Post a Comment