Sunday, 12 May 2013

TERIMAKASIH

Baby merengek awal pagi tadi ajak aku pergi Serikin......aku rasa nak naik angin sebab dah seminggu dia pujuk aku pergi Serikin. Bukannya dia tak tau aku memang tak suka pergi Serikin sebabnya aku rasa tak berbaloi nak pergi jauh2 macam tu kalau hanya nak beli sehelai dua baju atau seluar.  Lagipun bila ditanya kenapa nak pergi kesana, jawapan Baby saja2 nak pergi jalan2.


Dah lah pagi ni ada kenduri yang aku dijemput.  Dengan muka masam aku bagitau Hubby, Baby masam muka sebab aku tak nak layan permitaan dia nak pergi Serikin.... aku berprasangka bahawa Baby mesti ada cakap2 something dengan kawan dia tu lah sebab ia2 sangat nak pergi Serikin tu.  Ayahnya ke depan, dan lepas beberapa ketika kedapor semula dan cakap kat aku "Awak je lah yang pergi kenduri, saya temankan Baby pergi Serikin, saya rasa mesti dia nak beli sesuatu untuk hadiah Hari Guru".  Aku tau Baby memang rapat dengan guru kelas dia Cikgu Zaharah.  Tahun lepas aku hadiahkan sebiji Tupperware beserta dengan biskut raya, sebab aku tau Baby sayang sangat kat cikgu dia sorang ni.

Balik dari kenduri aku lepak dengan angah kat stall panggangnya.  Patutpun lah angah sampai terpotong jari, baru je angah hidupkan api untuk memanggang dah ada regular customer dia tanya buntut panggang.  Sanggup Puan tu datang balik sejam setengah lepas tu, tu pon semua dah dijual dan lena tunggu lagi 15minit untuk panggangkan yang baru.  Tetiba aku nampak dari jauh kereta Hubby, berenti kat depan stall dan Baby turun keta dan tersengih-sengih kat aku, "Mak, Selamat Hari Ibu", sambil tangan dia hulurkan sesuatu kat aku.  Aku terdiam seribu bahasa sebab pagi tadi dah marah2 bila Baby ajak aku pergi Serikin.  Air mata aku bergenang sambil aku cakap kat Baby yang mataku pedih kena asap panggangan.  Angah pun mencelah "Mak angah yang paling awal ucap Selamat Hari Ibu kat mak kan pagi tadi, angah cium mak lagi pagi tadikan mak?".

Balik kerumah aku bukak hadiah dari Baby.  Nilah hadiah istimewa dari Baby,
Masa aku bentangkan baju ni untuk diambik gambar, angah masuk kebilik.  Aku bagitau angah, ni hadiah dari Baby sempena Hari Ibu.  Angah pun cakap kat aku yang buatkan airmataku bergenang sekali lagi hinggakan aku tak sanggup bertentang mata dengan angah"Mak taun ni angah tak dapat nak bagi apa2 hadiah kat mak sebab angah belum mampu, nanti kalau taun depan angah mampu angah akan belikan hadiah untuk mak, ok mak".  Sampai kesaat aku tulis n3 ni aku masih menagis.  Terimakasih anak2 mak!


2 comments:

  1. So sweet and im crying too..

    ReplyDelete
  2. Touching....Allah bless ur family..amin

    ReplyDelete