Sunday, 31 August 2014

MACARONI CHEESEE ADHA

Assalamualaikum semua,  agak terlewat nak kongsikan resepi ni untuk sarapan pagi ini.  Tapi tidak mengapa, untuk makan malam dan minum petang pun enak rasanya.  Resepi ini air tangan anak lelaki saya yang nombor tiga, Muhd Nur Afiff Adha.  Dia buatkan untuk makan malam, mungkin terasa muak makan malam yang berat aka nasi campur.

 Ini bahan2nya.

1 labu bawang besar
2 siung bawang besar
2 keping nugget tempura (kami memang stok nugget tempura dan brand kegemaran nutriplus)
sedikit minyak masak agak 2-3 susu meja (kalau anda seorang yang sangat peka dengan kesihatan guna minyak canola atau extra virgin oil)
secubit oregano dan basil



Herba ini terpulang kepada yang menggemari rasanya, bagi yang tidak suka tidak perlu.
1/2 bar keju cheddar yang di parut
(pesanan Adha, "Ma, no salt no ajinomoto ok!".........Adha dah susun nama tiga universiti dan kursus pilihan adalah Kulinari.  Doakan kejayaan Adha yang sekarang berada di tingkatan empat kelas Sains.

Cara membuatnya senang sangat

1.  Rebus macaroni sampai masak dan toskan
2. Tumis bawang yang sudah di cincang bersama dengan herba tadi sampai layu je dengan api sederhana, masukkan nugget yang juga sudah dicincang dan kemudian masukkan macaroni dan gaul rata.

macaroni hanya sekadar digaul rata sahaja dengan bahan tumisan tadi, keluarkan dan letakkan di dalam bekas yang tahan ketuhar.  Taburkan keju cheddar parut keatasnya dan bakar sekejap.  Anda boleh menabur daun sadri, sedikit lada sulah atau lada hitam kisar sebagai penambah perasa.  cubalah, anak remaja pasti suka, sebabsresepi ni di sediakan oleh nak remaja 16 tahun.....Selamat mencuba.  Wassalam.



KEMBALI BERSIARAN DARI DAPIR

Assalamualaikum semua, maaflah ya sebab agak lama menyepikan diri.  Sebulan lebih rasanya saya tidak menulis entri baru.  Kekangan masa hanya mengizinkan saya menjengah blog ini setiap hari namun gagal memperuntukkan waktu untuk entri baru.  Hari ni cuti umum,  31 Ogos.  Ya SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN semua.  Saya berbangga menjadi anak Malaysia.  Sebagai anak Malaysia yang cintakan kemakmuran dan keamanan, saya benci dengan provokasi provokasi yang di cetuskan di paparan laman maya yang tidak lain dan tidak bukan untuk memecahbelahkan  keharmonian kita yang berbilang kaum.......

Sepanjang bulan Ramadhan, agak sibuk dengan perubahan jadual harian menyebabkan kurang berkesempatan untuk saya berkongsi resepi dan pengalaman.  Walaupun begitu saya bersyukur dengan kurniaan rezeki yang Allah berikan.  Mana tidaknya, perkongsian resepi di blog dan facebook yang pada awal niat saya untuk berkongsi telah menambah tempahan kek raya pada tahun ini.  Kebiasaannya jumlah tempahan memang akan bertambah setiapmtahun, tetapi tidak pula berlipat ganda seperti tahun ini.  Saya tidak pernah menyediakan katalog, sebab yang biasa menempah kek adalah orang yang sama setiap tahun, cumanya di tambah dengan ahli keluarga terdekat mereka dan sahabat handai.....ialah hanya sales mulut ke mulut je.  Tidak juga terfikir untuk buat katalog kek, sebab bimbang dengan kemampuan diri untuk memenuhi permintaan.  Tetapi tahun ini, memang tidak dijangka sehingga saya terpaksa menolak banyak tempahan.

Kek yang menjadi "Top Three" tempahan raya tahun ini adalah seperti berikut.
Tempat pertama Kek Hati Pari
D
Tempat kedua Kek Lapis Krim Cheese