Saturday, 7 June 2014

BUTTERMILK BUN

Assalamualaikum,  apa khabar semua.  Seperti biasa, kesihatan adalah satu nikmat yang amat beharga yang Allah berikan kepada kita, Alhamdulillah.   Kesihatan yang baik membuat kita menjadi lebih produktif, kreatif dan inovatif, ya tak.

Inti
Hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang saya ambil dari satu laman web, iaitu Butter Bun Sarawak, saya olahkan sedikit intinya supaya menepati rasa Buttermilk.  Sebabnya ialah, yang pertama saya tidak tahu dimana nak dapatkan buttermilk dan kedua mengikut pencarian saya di laman sesawang, buttermilk adalah lebih mahal dari butter itu sendiri, biarpun ianya dihasilkan dari cairan yang tertinggal dari proses pembuatan butter.

Kenapa saya beria-ia sangat nak mencuba sendiri menghasilkan butter bun.  Satu sebab utama ialah, saya hairan kenapa adik saya yang tinggal di KL, dan juga kebanyakan saudara mara yang tinggal di semenanjung, biasanya akan menjadikan buttermilk bun ni satu yang wajib di bawa balik ke semenanjung.  Di  Kuching ni setahu saya ada tiga bakery yang sangat popular dengan Buttermilk Bun mereka iaitu TAKA, MITA dan ALL JOY, dan ketiga-tiga bakery ini pengusahanya adalah berbangsa Cina.  Jadi timbul di fikiran saya, mungkin terdapat perbezaan dalam cara pembuatan roti mereka yang memberikan kelainan pada rasa dan tekstur roti tersebut, dan semestinya resepinya berbeza dengan penghasilan roti Barat , Timur Tengah dan Asia Barat.

Saya memulakan pencarian dengan kata kunci CHINESE BREAD AND BUN.  Bagi saya yang tidak pernah mengikuti kelas masakan secara formal. perkataan "Thangzhong" oe "water roux", itu sangat asing.  Rupa-rupanya itulah yang membezakan roti buatan kawan-kawan China kita.  Ini adalah percubaan pertama saya dalam penghasilan Buttermilk Bun ini.  Untuk tidak mengelirukan anda semua, sila ke laman web yang saya berikan diatas ya.  Ini adalah gambar proses membuat sendiri,  saya tidak menggunakan breadmaker machine,  jadi mungkin terdapat kelainan pada tekstur.

Tangzhong saya ni tak menjadi sebenarnya, sepatutnya tak de ketul ketul tepung tu.

Diantara bahan-bahannya


Doh uli pertama



Inilah hasilnya.  Rasanya memang sedap.  Selamat mencuba ya.  Wassalam..

No comments:

Post a Comment