Thursday, 5 June 2014

PUDING TRIFLE

Assalamualaikum semua,  hari ni saya nak kongsikan resepi puding trifle yang saya buat pada hari Selasa lepas.  Puding trifle ni saya jadikan buah tangan untuk jemputan majlis tahlil.  Makanya saya  olahkan puding trifle ni ala ala parfait.  Resepi pula saya dapati hasil dari pencarian di internet.  Alhamdulillah, hasilnya saya dapat siap dua versi puding trifle.  Saya namakan versi Western dan Malaysian.  Bolehlah kan.
Inilah hasilnya, yang nampak ada topping warna merah tu versi Malaysian dan yang topping coklat tu versi Western.  Tetapi sudah semestinya versi Malaysian yang lebih menarik hati mereka yang merasa puding ni.  Beza kedua-duanya ialah :
Western : kek span coklat+fruit juice+buah koktel+custard+caramel jelly
Malaysian : kek span pandan+custard+jagung ligo+jelly gula apong

Memandangkan komen dari mereka yang menikmati manisan ini lebih berpihak kepada versi Malaysia, jadi resepinya saya pilih.

Puding trifle Malaysian

Bahan untuk lapisan asas

1.   Kek span pandan/ swiss roll pandan (terfikir nak guna kek pandan appollo).


Lapisan kedua ialah custard

1.  1 tin susu cair.
2.  Air (sukatan 1 tin susu cair)
3.  8-10 sudu meja gula
4.  4 sudu meja tepung kastad di bancuh dengan 1/2 tin susu cair air.

Lapisan gula apong.

1.  1 peket agar-agar serbuk (warna terpulang)/ agar agar tali
2.  Daun pandan
3.  Gula apong
4.  Sedikit gula pasir

Cara membuatnya.

1.  Mula mula potong kek pandan dan susun dalam acuan
2.  Masak custard.  Masukkan susu cair dan air dan gula hingga mendidih, kemudian masukkan bancuhan          tepung custard dan masak dengan api sederhana hingga pekat.  Tuangkan diatas kek pandan tadi.
3.  Taburkan jagung ligo di atas lapisan custard tadi.
4.  Masakkan agar-agar dengan daun pandan hingga hancur.  Sudahtu masukkan gula apong dan gula pasir        ikutlah manis mana yang anda suka.  Biarkan sebentar supaya sejuk sikit dan tuangkan atas lapisan                custard tadi.  Dah siap.



Maaflah ya, kali ini saya tidak mampu untuk ambil gambar step by step kerana banyak bekas nak kena siapkan.  Bagaimanapun harapan saya ada yang sudi mencuba puding trifle ni.  Sampai berjumpa lagi.  Wassalam.

No comments:

Post a Comment