Assalamualaikum semua. Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang amat menarik. Sewaktu mak memberikan sedikit dodol yang di beri oleh jirannya, saya tidak ada keinginan untuk merasa nya. Sebab sudah terbiasa dengan dodol yang di beli dari semenanjung yang likat dan kenyal, dan agak berbeza dari dodol arwah nenek. Namun begitu, jika berada di kampung halaman ayah (N. Sembilan) dodolnya tidak pula kenyal begitu. Rasanya dodol arwah nenek sangat sedap dengan lemak manis yang begitu cukup rasa. Sejak jarang merasai keenakan dodol seperti yang arwah nenek buat, minat menikmati dodol berkurang.
Episod pencarian resepi dodol bermula bila anak kedua saya asyik sahaja memuji keenakan dodol buatan jiran emak saya. Kata anak saya nenek cakap resepinya dari tepung beras. Namun begitu melalui pencarian di internet terdapat dua versi dodol sahaja yang saya temui iaitu menggunakan tepung pulut dan tepung gandum. Saya mulakan dengan mencuba dodol menggunakan tepung pulut.
Dodol labu tepung pulut
sumber : Koleksi Resepi Terhebat Nusantara
300 gm labu
300gm gula pasir
300gm gula merah
1/2 liter santan pekat (sebiji kelapa)
daun pandan
sedikit garam
300gm tepung pulut
Rebuskan labu, lecekkan. Masukkan semua bahan dan kacau atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
Ini adalah versi pertama dodol labu yang saya buat semalam, namun anak kedua saya tidak menggemarinya. Berbeza pula apabila dodol ini saya bawa ke tempat kerja, ianya dikatakan enak oleh rakan rakan dan mereka menggemarinya. Maka percubaan resepi kedua akan menyusul. Tunggu ya, sebab resepi dodol labu seterusnya di namakan Dodol Labu Sarawak. Wassalam.
No comments:
Post a Comment