Sunday, 28 April 2013

ASAM PEDAS IKAN PARI

Minggu ni tak da aktiviti kat luar, sebab Wani tak sihat.  Semalam pergi pasar basah sekejap, ingat tak keluar nak masak kat rumah jelah.  Okeh, rasanya nak masak asam pedas ikan pari jelah.  Jom aku kongsi resepi, nak tak.



Ni lah rupa ikan pari, hihihi kot-kotlah ada yang tak kenal dengan ikan pari ni 

Ni lebih kurang 400gm je.  ikan tu potong lah macam ni. 

Letak tepi dulu ikan nya.  Oh lupa pulak, ikan pari pastikan dia fresh tau. Ikan pari yang tak fresh ada bau hancing, tak sedap dan tak lalu nak masak.  Seterusnya bahan2nya.  Rasa chef lah pulak.

bahan wajib (ni cukup2 untuk masak ikan yang anggaran 400 gm t di)
cili kering 7 tangkai
bwg kecil/ merah6 ulas
bawang putih 1 ulas
halia 2 X 2cm
kunyit 1 X 2 cm
air asam jawa.


Yang ni optional okeh. Lengkuas, belacan, bunga kantan dan daun kesom. Kalau korang suka, boh je lah.  Langkah seterusnya, cili, bawang, halia, lengkuas, belacan dan kunyit, tumbuk je (kalau mals boh je semua dlm blender).


Seterusnya masukkan lebih kurang 7 sudu minyak masak tablespoon), panaskan dan tumislah bhn ni sampai naik minyak.

Bila dah naik minyak, masukkan air dan air asam jawa.  Kalau ikan yang aku nak gunatu, masuk lebih kurang 400ml air dah campur air asam tau.  Biarkan mendidih.

Dah mendidih masukkan ikan.  Campurkan perasa secukup rasa.  Aku letak garam sikit, serbuk perasa sikit dan gula sikit.  Renehkaan sampai ikan masak.  Last masukkan daun kesom dan bunga kantan.


Biarkan daun kesom dan bunga kantan layu sikit.  Dah masak.  Jemput makan.



Hahaha just ignore model tak berbayar tu ye.  Sebab muka minyak2 lepas masak.  Lunch dah ready.  Kita makan simple2 jelah ye.

Helo, air lior tu kasi lap sikit.  ish ish ish ish tak malulah.
Ps.. n3 Sabah Trip tak siap lagi huhuhu.











No comments:

Post a Comment