Saturday, 20 April 2013

Sabah day 2

Sebelum mula nak mintak maaf banyak-banyak sebab Maz buat janji tapi belom ditepati (musim berkempen skarang ni).  Ini sebab janji nak criter kat semua pasal budget trip to Sabah ari tu.  Sembab betol, bile nak tulis pasal holiday tu mesti macam idea rasa terbantut jer........nape yek? (ada sorang member tu suka cakap macam tu, ada yek, yek  kat ujung).  hihihi.....


Hari kedua awal pagi dah bangun dengar Abang Long mumbling ("eeeeiiii sejuknya" sambil tangan die tutup kipas dan bersin-bersin).  Lepas siap-siap Baby masok bilik, mak jom g luar, kalau cakap mulut kluar asap.  Jenakalah Baby nie.  Tak nak hampakan Baby, Maz ekot die kluar dan layanje karenah die, so Maz pon cakap-cakap sambil die senyum-senyum dan kate (betol kan apa yang saya cakap".



Kitorang breakfast kat Ranau, tak banyak kedai bukak lagi.  Lepas tu gi Fish Spa lagi sebab masing-masing tak puas main ikan semalam.  Lepas ke Fish Spa kitaorang pergi Sabah Tea Garden, sebelah je.  Tak pegi pon die punye pakej melawat dalam kilang dan tengok proses cammane teh dihasilkan  Kitaorang ronda-ronda je kat kebun teh tu.  Ada satu bahagian bukit yang dinamakan Quailey's Hill dalam kawasan Sabah Tea tu.





Quailey's Hill ni namanya sempena seorang askar yang mati diibunuh di tempat ni.  2428 tentera British dan Australia yang menjadi tawanan perang pihak Jepun di paksa berjalan dari Sandakan ke Ranau, hanya 6 orang yang terselamat.

Lepas tu kitaorang patah balik ke Kundasang, g pulak War Memorial. Kat situ mcm ala-ala kubu perang macam tu.  Ada taman bunga yang sangat cantik, boleh buat tempat meditasi gitu.  Aku cuma heran tengok Baby ngan Abg Long, excited giler nak amek gambar dengan bendera British.  Ramai juga yamg sampai kesini walaupun  kami kat sini tengahari dah, kol 12 tghri.








Dari situ kami bertolak ke Starwberry Hotel, nak tengok kebun strawberry.  Ingatkan cantik macam gambar kat Genting, rupanya kebun persendieian je.  Masok nak tengok kebun strawberry, bayarannya rm1 sorang.  Tapi kat sini tak de can nak perik-petik strawberry ok! ops salah gunting strawberry.  Jadi kite orang beli strawberry segar yang dieorang jual kat lobby.






Lepas tu terus ke Kinabalu Park.  Anak2 macam tak de mood je nak jalan lagi, so kita orang g je kat atas dan ambik gambar lepas tu teruskan perjalanan ke KK.






Sampai kat roundabout nak g Tamparuli, hubby tamya nak singgah tengok jambatan tak.  Ingat kan anak2 surrender sebab nampak dah letih sangat2, rupa2 excited.  Penyudah kami singgah kat pasar tamu di pekan Tamparuli.  Hubby, Abg Long dan Baby g naik jambatan.  Aku kena jaga Wani yang tido nyenyak.




 Balik je kat kereta, masing2 jinjing plastik bag, rupanya die orang sempat shopping ayam panggang.  Hubby cakap wing tu rm1 satu.  Hubby criter yang dari atas jembatan die tengok penduduk local beri ikan makan dan main2 dengan ikan tu, macam kat fish spa katanya.

Sampai kat KK dah agak lewat, cari hotel budget dan kami pon stay kat Tourist Hotel.  Oklah jugak bilik die, ada satu queen bed ngan satu single kita orang gabungkan just ok untuk kami tido dgn selesa.  Lepas mandi, kita orang jalan2 cari makan kat gerai makan seafood kat waterfront.  Apa lagi, it's makan time.






 Ok, ni hari kedua ok, ada lagi 3 hari Maz nak share.  Tapi kita berhenti dulu kat sini, jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment