Sunday, 5 May 2013

HJ UMAR CAFE

Otw nak gi mengundi, aku berenti bekfes kat sini (Kol 11am dah, boleh g ckp bekfes, kalau McD dah tukar menu lunch dah).  Hahahaha kalau adik2 aku baca n3 ni mmg die orang buat muke blurr tak sudah sebab tpt aku kena mengundi dan cafe ni jlnnye opposite, tak de nye otw pon. Sengaja je nak carik jalan nak buat U route (bkn U turn, sebb U turn dekat je).  Sebabnya aku mengundi di SMK Semerah Padi, Semariang kat kawasan Petra Jaya dan cafe ni kat Waterfront.

Ni adalah cafe fav ayah aku ngan anak sedara aku Aqil Irfan.  Pernah ayah gi KL dan bawak mi jawa ngan mi kolok dari cafe ni untuk cucu kesayangan die.  Kalo Aqil Irfan, sure tak angkat kepala pekena mi jawa kat sini peergh!

Pa yang best kat sini, kalau korang tanya aku semua yang ada kat sini aku kata best (memang aku kuat makan).  Tapi selalunya family yang lain suka dia punya mi jawa (kalau tanya aku setakat bolehlah).
Ari ni tak sorang pon yang pekena mi jawa, so tak da foto dia ok. N3 sebelumnya aku dah boh dah foto apa yang aku telan pagi ni, nak tengok lagi, k tak pa iklan tak berbayar boleh ulang tayang tanpa melibatkan pembayaran royalti.....ni dia jeng jeng jeng
Hubby pulak, mak oi ambik berat betol dengan perot die, tengokje lah yang kat dalam pinggannye. 2  portion sayur, 1 portion protein dan 1 portion karbo.....ehem ehem faham faham (tak yah nak tanya apa  aku faham , private and confidential ok)

Wani nak ayam kari ngan nasi putih je, aku dgn Baby share menu yang sama.  Nak tau apa lagi yang ada kat sini?
Kuih-muih, aku paling suka kuih kasuwi pandan, tapai nasi dan kuih... alamak aku tak ingat lah nama dia, oooo ok kuih jaon.  Superb!


Laok-paok yang ada kat sini.  Eh aku asyik je criter pasal menu yang ada kat sini,korang tau tak tempatnya kat mane.....hihihi.  Sorilah seronok sangat cerita pasal makanan dah lupa nak bagitau lokasinya.  Korang biasakan pegi Waterfrtont di Kuching ni.  K, jln sampai kehujung (bukan hujunng yang nak g MacD tu, yang sebelah lagi), sampai kat hujung kedainya seberang jalan je......kalau tak jumpa tanya aku   hihihi






No comments:

Post a Comment