Assalamualaikum semua.....Alhamdulillah bertemu lagi kita di alam maya. Hari ni saya nak kongsikan satu resepi masakan yang agak popular untuk keluarga kami. Masakan ni amat digemari oleh mak saya, terutamanya kalau masak kaki ayam. Biasanya yang agak ngam buat masakan ni ialah adik bongsu saya, macam lengkap je rasa dia. Nama ayam tiga serangkai ni saya sendiri yang reka, sebab nak letak nama ayam tiga rasa macam tak kenalah pulak.
Mari kita pergi ke bahan-bahannya.
1/2 ekor ayam di potong macam nak masak kari.
Bahan perap ayam
3 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
6 sudu besar kicap
Bahan kisar
Bawang merah 8 - 10 ulas
bawang putih 4 ulas
Halia besar ibu jari kaki
serai...titikkan je
rempah tumis
sedikit minyak untuk menumis.
Cara membuatnya
1. Potong ayam dan cuci bersih.
2. Perap ayam 10 - 15 minit dengan bahan perapan.
3. Tumis bahan yang telah di kisar (bawang merah, bawang puti dab halia), serai dan rempah tumis.
4. Bila bahan tumisan dah naik bau, masukkan ayam dan biarkan sebentar sambil dikacau.
5. Masukkan secawan air dan renihkan hingga kuah agak pekat.
6. Perasakan dengan sedikit gula, kalau kurang masin boleh tambahkan kicap atau garam.
7. Biarkan kuah pekat dan agak kering ala-ala rendang. Siap untuk di hidangkan.
Asalnya saya nak namakan masakan ni ayam 3 dalam satu. Kenapa? sebab ayam masak kari, masak kicap dan masak sos dalam satu resepi. Maaflah dengan persembahan yang tak menarik sebab untuk makan kat rumah je . Nanti cuba buat persembahan ala-ala Masterchef ye. Cubalah resepi ni. Jumpa lagi yer. Wassalam.
No comments:
Post a Comment