Assalamualaikum, Selamat menyambut Hari Malaysia. Untuk perkongsian resepi kali ini, saya kongsikan resepi mudah lagi ringkas 'Pucuk Paku Tumis Belacan'- Resepi ni juga boleh digunakan untuk menumis Pucuk Midin, Kacang Botol juga lain lain sayuran seperti Kangkung.
Bahannya
Pucuk paku satu ikat
(saya campurkan dengan sejenis paku iaitu Paku Uban dan Daun Sengkel, tapi ini terpulang, pucuk paku sahaja pun sudah memadai).
bawang merah 3-5 ulas (saya guna lebih sebab bawang merah saya kecil)
bawang putih 3 ulas
cili kering 2 tangkai (kalau tidak mahu pedas, tidak perlu)
udang kering/ ikan bilis/ kiub ikan bilis
Belacan besar ibu jari tangan
Belacan besar ibu jari tangan
Cili merah sebiji
Semua bahan diatas di tmbuk lumat kecuali cili merah. Cili merah di potong memanjang.
Cara
1. Panaskan kuali sehingga betul betul panas......ada asap boleh nampak
2. Masukkan minyak masak dalam 5 sudu meja dan pastikan betul betul panas
3. Masukkan bahan yang sudah ditumbuk lumat tadi dan tumis hingga agak kekuningan, pastikan guna high heat.
4. Masukkan sayur yang sudah di basuh dan ditoskan airnya, kacau supaya sebati dengan perencah yang ditumis tadi (kekalkan high heat).
5. Madukkan cili merah, godek godek sekejap dan tutup api.
6. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa, tapi kalau gunakan kiub ikan bilis dah tak perlu lagi garam dan serbuk perasa.
7. Ok, sudah siap hidangan kita. Sedap tau makan waktu masih panas.

No comments:
Post a Comment