Kalo tengok gambar kek ni, memang macam tak fit jer dengan namanya kan. Sebab dalam otak kecik aku ni, kalo dah nama marble, mestilah bercorak-corak. Tapi macam korang tengoklah her, yang atas cheese yang bawah chocolate cake or more like brownies. Resepi ni kawan lama yang bagi, OK nk kreditlah kat Puan Suriani Adis yang dengan ikhlas. Thanks Su.
Sedap? Memang sedap. Nak resepi tak,? Jom kita share resepi die OK. Tapi sorilah tak de langkah step by step. Tak dan nak ambik gambar. Sebabnya masa buat kek ini masa terhad, nak kena siapkan 2 kek lagi. Yalah, manalah ada pekerja, cuma ada personal assistant jer so Baby Adha. Resepi ni saya ubah sikit portion dia, so kek ni memang khas untuk cheese lover. OK, mula kita buat chocolate layer die dulu yer. Saya tak asingkan bahan dan caranya tau.
250gm butter dan 375gm gula pukul sampai berkrim. Masuk 3 biji telur satu persatu. Pukul sebati. masukkan tepung 230gm dan koko 60gm. Gaul sebati. Masukkan dalam acuan 8X8 inch. Bakar guna api atas bawah pada suhu 150°celcius untuk 1 jam.
Sekarang kita pergi ke lapisan cheese, 1kg cream cheese dipukul dengan 250gm gula halus hingga berkrim. Masukkan telur sebiji sebiji sebanyak 4 biji. Masukkan sesudu meja tepung gandum. Bila adunan kek coklat dah masak, keluarkan dari oven, biarkan sebentar pada suhu bilik, ratakan dengan penekan kek. Kemudian masukkan adunan cheese dan bakar dlm oven dengan kaedah branmarie. Gunakan tray oven, masukkan air panas Dan dudukkan Loyang jek dalam tray Dan balr dengan api at as bawah pada suju 150°celcius selama 1 1/2jam. OK dah massk, sejukkan Dan potong.
No comments:
Post a Comment