Friday, 25 December 2015

KEK LUMUT CHEESE


Assalamualaikum semua.
Lama dah tak updatekan blog ni, bukannya apa, sibuk dengan tugasan harian.
Menjenguk ke page Mim's Bakery, ada permintaan dari seseorang yang meminta resepi kek Lumut Cheese ni.
Untuk bahagian kek Lumut boleh dapatkan disini

Untuk lapisan cheesenya pula,
750gm cream cheese
1 gelas gula halus
3 biji telur
3 sudu makan tepung gandum

Pukul semua bahan hingga sebati.

Kek ni versi kukus.
Adunan kek lumut yang dah siap di bahagi kepada 3 bahagian sama banyak.
Adunan cheese bahagikan kepada dua bahagian sama banyak
Didihkan air dalam pengukus
Alas loyang (8X8X5) atau (9X9X3) dengan kertas minyak
Masukkan satu bahagian kek lumut dan kukus hingga masak (tutup permukaan acuan).
Bila dah masak, lapiskan dengan adunan cheese satu bahagian dan ulang langkah hingga habis.

Selamat mencuba ya, untuk gambar yang atas tu, saya gunankan 2/3 adunan kek lumut dan 2/3 adunan cheese.

No comments:

Post a Comment