Monday, 18 December 2017

PONTIANAK HARI 1



Kota Pontianak mungkin tidak sehebat nama gah kota-kota lain di kepulauan Indonesia yang terkenal sebagai tarikan pelancungan. Namun, bagi mereka yang suka menikmati keberadaan perbezaan budaya dan adab cara juga mengisi ruangan masa cuti untuk tetap travel,  bukanlah satu pilihan yang aneh untuk ke sini. 

Sepertimana yang pernah diberitahu di dalam  entri sebelumnya,  kami tiba di Kota Pontianak tepat jam 5.30 petang.  Lalu lintas memang sibuk, menunjukkan tingginya kepadatan penduduk disini.  Destinasi pertama kami setibanya di kota ini adalah tempat penginapan yang telah di tempah lebih awal melalui Booking.com.  Berpandukan Google Maps, kami selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Hotel Kapuas Dharma 2

Entrance dari Jalan Besar

Bilik yang di tempah pada harga Rm60 beserta sarapan untuk 2 orang.  Biliknya selesa untuk bertiga.  sebuah queen bed dan ditambah satu extra bed.  Biliknya bersih.  


Hotel ini adalah gabungan 3 hotel iaitu Hotel Kapuas Dharma, Hotel Kapuas Dharma 2 dan Hotel Kapuas Palace.  Bagi yang membawa keluarga dan anak-anak, kolam mandi yang luas dan selesa mampu menggembirakan anak anak.

dan Cafe sewaktu sarapan.

Setelah selesai dengan proses check in, dan usai Solat Maghrib, kami keluar ke Taman Alun-Alun Kapuas.  Untuk info, di mana sahaja anda pergi di bandar ini, ada seseorang yang akan mengatur parking kenderaan anda.  Yuran parking yang dikenakan, ditentukan oleh orang yang menjaga kawasan tersebut.  Upahnya diantara IDR2.000 ke IDR 5.000. 

Taman Alun-Alun Kapuas adalah tebingan Sungai Kapuas yang di bangunkan untuk tujuan riadah dan beristirehat.  Sesuai dengan bandar yang berada pada garisan Khatulisiwa, makanya mercu tanda yang banyak didapati di sini ialah mercu Khatulistiwa.  Nikmati pemandangan yang ada di Taman Alun-Alun Kapuas.  Namun terlupa pula nak mengambil foto di taman permainan kanak-kanak.




feri yang di jadikan cruise yang mengenakan caj IDR15.000/org. 

Perahu yang di ubah menjadi gerai jualan




Masjid Jamek dari cruise


Di hari pertama, hanya sempat ke sini saja.  Sebelum pulang merehatkan diri ke hotel, kami makan malam di Restoran Beringin, hidangan Masakan Padang....komen ok2 aje.  Nantikan entri akan datang untuk destinasi seterusnya ya.  





Sunday, 17 December 2017

JOM WEEKEND DI KUCHING

Weekend di Kuching?  Jom.  Tengah usha usha flight ke destinasi idaman untuk 2018? Tetiba tertera harga tambang menawan ke Kuching.  Weekend der.  So, let's make the best out of it.

Ni nak tujukan kepada yang tak pernah ke Kuching, yang dah biase lalu lalang KIA (Kuching International Airport), boleh skip dan gi blog lain for travel info......hahaha.  Melawak jer, jangan kecik ati.

Katakan flight sampai Kuching tengahari, just ambik jer teksi airport tu, gi lah mana2 hotel bajet yang melambak kat tengah bandaraya tu.
Kalu nak homestay, pun ada.  Rajin-rajin tengok air bnb.

Dah sampai tempat penginapan, jangan gi tido pulak.   Gi jalan jalan sepanjang waterfront. Di situ ada sebuah museum China dan Toa Pekong besar.  Boleh masuk kalo nak ambik gambar. Di seberangnya berderet kedai jualan produk dan souvenier, dan yang paling best, kain songket Sarawak/Sunda yang cantik-cantik.  Kalo nak yang murah, gi jer kedai jual kain ela di sepanjang deretan kedai di hujung sekali.

Penat dah ker?  Kita gi makan dulu.  Nak makan apa?  Pilih jer.  Jangan risau, Salleh Corner 3 terletak sebaris Hotel Riverview.  Tak banyak pilihan?  Jalan tak jauh, boleh sampai ke Plaza Merdeka Shopping Mall, kat situ ada foodcourt.  Sebelahnya ada Muzium Textile.   Tak nak? Gi jer Saujana foodcourt untuk masakan Melayu.  Nak makanan mamak, depan bangunan mahkamah lama dan di jalan India ada.  Nak yang lagi best, gi ke Azreen Cafe atau Sahabat Khan di Satok.  Kalo nak guna grab, type jer, mmg ada deatinasinya.  Kalo nak fastfood, gi jer Plaza Merdeka.

Kalau rasa nak makan cucur atau pisang goreng, keledek goreng untuk minum petang, boleh duduk di Dayang Salhah Cuisine, di Hill'/ Pullman Hotel.  Rm1.00 3biji pisang goreng, duduk sambil pekena teh dan kopi panas.

Malam jangan lupa ronda balik ke Waterfront tau.  Daya tarikan terkini ialah Jembatan Daru Hana.  Meriah tau.  Rasakan goyangan apabila berada di tengah tengah jembatan tu.  Ambik gambar setiap kali dia tukar warna.  Cantik....memang sangat cantik.  Ambik view dia yang cantik, dimana boleh nampak bangunan dewan undangan negeri.

Satu lagi yang seronok bila di waterfront waktu malam.  Kiosk Kek Lapis Fresh Bake.  Baru siap bakar, terus potong kat situ.  Sedap.  Tak caya, rasa dulu semua tester, dah tu jangan pulak teragak agak nak decide kek mana nak bawak balik....Sebab semua sedap.  MamaSu nama kiosknya.  Tak payah gesa gesa nak balik bilik, lepak dulu tengok anak muda busking, nak berinai tatoo pun ada.  Nak makan, sepanjang waterfront, ada gerai2 makanan yang tak kurang sedapnya.  Ada sate, mi kolok, laksa Sarawak, nasi aruk ikan masin terubok, dan banyak lagi menu yang hot hit.  Pendek kata, kalau tengah bandar ni jalan kaki jer, banyak destinasi menjamu selera.  Kalau nak naik perahu tambang pun ada.  Aktiviti lain di waterfront, naik OOha Donut Chill (bot bentuk donut), River cruise dan main permainan gelembung buih sabun besar dan pelayang di tengah datarannya.

Kalo nak gi Uptown Sivik Centre pun ada.  Pasar malam hujung minggu.  Boleh juga usha sotong tutok (sotong kering bakar dan dimesin).

Esoknya Ahad boleh awal awal jalan kaki menyeberang jembatan Darul Hana ke Taman Orkid.  Dari Taman Orkid, jalan kaki boleh ke Fort Magherita. Banyak peninggalan sejarah disitu.
Rasanya tu sajalah yang kita dapat buat kalau sampai Kuching Hari Sabtu dan fly balik malam Ahad......tapi kalau nak grab buah tangan, memang berbaloi.  Sebenarnya ada lagi tempat boleh pergi untuk weekend tu, buat jer pilihan yang mana.  Di bawah ada senarainya.

1.  Damai Central (45 minit dari pusat bandar)
     Tengok sunset
     Memanah traditional
     Naik kuda
     Rabbit house
     Seafood
     Main pantai
2.  Kampung Budaya (45 minit dari pusat bandar)
3.  Camp Permai (45 minit dari pusat bandar)
4.  Pasar Serikin (1 jam dari pusat bandar) sempadan Indonesia macam kat Padang Besar
5.  Jong's Crococodile Farm (45 minit dr pusat bandar)
6.  Semenggok Wildlife Centre (30 minit dari pusat bandar)
7.  Annah Rais Long House ( 1 jam 30 minit dari pusat bandar)
8.  Borneo Highland (1 jam 45 minit dari pusat bandar)
9.  Matang Wildlife (1 jam dari pusat bandar)




















Saturday, 16 December 2017

Ke Pontianak Memandu Kenderaan Sendiri Dari Kuching? JOM!

Jumpa lagi,  nak teruskan cerita trip ke Pontianak, Kalimantan Barat.  KALBAR sebutan penduduknya.  Lost jugak mula-mula dengar sebutan KALBAR dan tulisan pada papan kenyataan.  Lepas tu baru tangkap.  Sukarke?  Tak bahayaka?  Jalan ok ka? Meh cerita satu satu.

Plan asal trip ni, nak pergi menggunakan kenderaan awam iaitu bas ekspress.  Sebab nak tengok pemandangan sepanjang perjalanan.  Naik flight memang tak da dalam plan.  Lepas perbicangan, kami sepakat untuk menggunakan kereta sendiri untuk ke Pontianak.  Maka suami pun sediakan senarai seperti berikut.  Biasanya kalau bercuti ke destinasi yang agak jauh dari kediaman, dia akan buat senarai begini.


Sampai jer kat Tebedu Check Point tu, tak payah nak susah.  Staf kat situ, baiknya imigresen Malaysia dan imigresen Indonesia sangat membantu.  Tanya jer kat dorang nak buat apa, nanti dia orang bagitau.


1.  Ni kena buat dulu ya.  Buat salinan Green Card kenderaan anda jika masih dibawah hakmilik syarikat kewangan (Bank).  Salinan ini perlu di sahkan oleh pihak bank.  Jika kenderaan hak milik sendiri, bawa bersama Green Card kenderaan anda.

2.  Dapatkan borang kebenaran untuk membawa masuk kenderaan anda ke Indonesia di kaunter imigresesn Malaysia (di Tebedu).  Lengkapkan butiran yang di perlukan di dalam borang dan dapatkan pengesahan dari kastam Malaysia (cop).

3.  Setelah kenderaan anda di pandu masuk di Pemeriksaan Kastam Indonesia, dan luggage akan di scan semuanya.


4.   Parking kenderaan di tempat meletak kenderaan, borang di bawa ke kaunter kastam, selepas direkod, melapor ke kaunter polis Indonesia (untuk mendapatkan permit masuk) di dalam bangunan CIQ(Custom, Imigration and Quarantine) Entikong.

5. Setelah itu, pergi ke JPJ, (pejabatnya bersebelahan dengan polis tadi) untuk dapatkan road tax.  Setelah mendapat road tax dan permit barulah ke pejabat insurance yang bersebelahan dengan pejabat ini.

6.  Insurance di beli mengikut tempoh kita akan berada di KALBAR.  Juga berapa orang yang akan dicover oleh insurance tersebut.

Contoh:  kami bertiga untuk seminggu nilai insurance IDR260.000 (RM78.00)

Dah siap semuanya.  Nikmati perjalanan anda




Wednesday, 13 December 2017

Welcome to Pontianak Kalimantan Barat

Disember 2017, rasanya last entry on Januari 2017 kot.  Rasa teruk betul.  Kata nak update blog tahun ni....update jugaklah walaupun 2 entry jer....

Ok,  kali ni nak cerita pasal trip percutian sekolah, anak dara aku.  Kami bertiga saja, memandangkan anak bujang semua ada schedule sendiri.  So, tinggal entertain si anak dara yang usia 11 tahun ni.  Agak lucu nak bagitau, ni kali\pertama kami melancung ke luar negara (Sebelum ni adalah masuk melalui sempadan ke Tebedu dan masuk Thailand sekejap kat sempadan).  Tak boleh nak cakap "oversea", sebabnya kami setanah je.  Kuching ke Kalimantan Barat....satu Borneo derr.

Banyak yang nak kena consider bila travel dengan geng yang mempunyai perbezaan umur yng sangat besar.....Kami (hubby and me) lebih taksub kepada alam semulajadi, tadisi dan kebudayaan.  She (anak dara saya)  lebih teruja ke Taman Tema, Fast Food, Mall dan modernisasi.  Jadi, setiap trip kena seimbang diantara kedua interest ni.  Sebagai persediaan, membaca blog dari traveller ( utk tahun 2017) dan membaca artikel dari sumber pelancungan dan membuat sedikit sebanyak researh tentang keadaan ekonomi dan prasarana itu penting.  

Kalau pergi berdua saja, kami lebih kepada backpacker traveller.  Stay kat budget hotel biasa biasa saja dan makan mana mana asalkan halal sudah memadai.  Namun bagi memastikan percutian yang berjaya untuk anak gadis tercinta, semua perlu di ambilkira.  Tempat penginapan yang selesa pada harga yang patuh bajet dan kebersihan makanan juga favourite stop untuknya perlu dititikberatkan.  Mr. Google banyak membantu.  

Dua tiga hari sebelum travel, my daughter and me kena landing kat Jabatan Imigresen di UTC mengurus dokumen perjalanan iaitu Passport.  Jadual perjalanan sepanjang percutian telah di shortlisted oleh suami bagi memastikan destinasi menarik dikunjungi dan tidak terburu-buru serta punyai masa rehat yang mencukupi (more to overprotected anak dara tu)

Tertarik dan terdetik nak ke Pontianak di inspirasikan oleh video pendek radio ERA tentang tempat menarik yang dilawati oleh 2 penyampai radio mereka (By AirAsia).  Beberapa kali juga kami sekeluarga menerima pelawaan dari Usraz Kadir yang mengajar anak mengaji Quran di rumah, untuk berkunjung ke Pontianak.  Kemuncaknya bila beliau memberitahu yang beliau telah memulakan operasi Pesantrennya sendiri bagi anak-anak yatim dan tenaga pengajarnya di import dari tanah Jawa.  Keinginan untuk melawat lebih mendesak selepas mendengar cerita darinya

Hari 1 (1.12.2017 Jumaat (Hari Maulidur Rasul )

7.00am -  Kami mulakan perjalanan dari rumah ke Tebedu checking point.  Perjalanan mengambil masa 2 jam.   Banyak selingannya.  Suami kata, dah jam macam ni, takut panjang barisan kat sana.  Ok,  plan asal nak bangkit awal dan gerak lepas Subuh.  Sampai ke Tebedu jam 9.00am.  Sebelum ke Checking Point kami singgah sarapan dulu.  



Kami gerak dari Checking point Tebedu (selesai urus kemasukan kenderaan ke Pontianak, proses imigresen dan custom check) jam 12 tengahari.  Keadaan jalanraya baik, dan selesa walaupun jalannya hanya ada dua lane sahaja.  Kiri kanan jalan semuanya di penuhi oleh deretan kedai dan rumah kediaman.


Jam 2 pm, kami berhenti makan tengahari di Ranah Minang, masakan Padang.  Mungkin terlebih excited (setiap trip akan menyebabkan ecitement yang terlampau....hahahaha), perut tak rasa lapar.  Masakan Padang bukannya sesuatu yang menjadi kejutan budaya untuk kami, kerana masakan ini lebih kurang jer yang mask kat rumah.......(my father is orang nogori, ok).

Perjalanan di teruskan,  tak banyak yang nak diceritakan sepanjang perjalanan.  Al maklum saja lah, co-pilot asyik membuta.  Feeling excited bila nampak pintu gerbang ni.  How long is the journey?  Sampai kat pintu gerbang ni jam 5.30pm.
Berhenti sekejap ya.  Nanti ikuti cerita selanjutnya......