Disember 2017, rasanya last entry on Januari 2017 kot. Rasa teruk betul. Kata nak update blog tahun ni....update jugaklah walaupun 2 entry jer....
Ok, kali ni nak cerita pasal trip percutian sekolah, anak dara aku. Kami bertiga saja, memandangkan anak bujang semua ada schedule sendiri. So, tinggal entertain si anak dara yang usia 11 tahun ni. Agak lucu nak bagitau, ni kali\pertama kami melancung ke luar negara (Sebelum ni adalah masuk melalui sempadan ke Tebedu dan masuk Thailand sekejap kat sempadan). Tak boleh nak cakap "oversea", sebabnya kami setanah je. Kuching ke Kalimantan Barat....satu Borneo derr.
Banyak yang nak kena consider bila travel dengan geng yang mempunyai perbezaan umur yng sangat besar.....Kami (hubby and me) lebih taksub kepada alam semulajadi, tadisi dan kebudayaan. She (anak dara saya) lebih teruja ke Taman Tema, Fast Food, Mall dan modernisasi. Jadi, setiap trip kena seimbang diantara kedua interest ni. Sebagai persediaan, membaca blog dari traveller ( utk tahun 2017) dan membaca artikel dari sumber pelancungan dan membuat sedikit sebanyak researh tentang keadaan ekonomi dan prasarana itu penting.
Kalau pergi berdua saja, kami lebih kepada backpacker traveller. Stay kat budget hotel biasa biasa saja dan makan mana mana asalkan halal sudah memadai. Namun bagi memastikan percutian yang berjaya untuk anak gadis tercinta, semua perlu di ambilkira. Tempat penginapan yang selesa pada harga yang patuh bajet dan kebersihan makanan juga favourite stop untuknya perlu dititikberatkan. Mr. Google banyak membantu.
Dua tiga hari sebelum travel, my daughter and me kena landing kat Jabatan Imigresen di UTC mengurus dokumen perjalanan iaitu Passport. Jadual perjalanan sepanjang percutian telah di shortlisted oleh suami bagi memastikan destinasi menarik dikunjungi dan tidak terburu-buru serta punyai masa rehat yang mencukupi (more to overprotected anak dara tu)
Tertarik dan terdetik nak ke Pontianak di inspirasikan oleh video pendek radio ERA tentang tempat menarik yang dilawati oleh 2 penyampai radio mereka (By AirAsia). Beberapa kali juga kami sekeluarga menerima pelawaan dari Usraz Kadir yang mengajar anak mengaji Quran di rumah, untuk berkunjung ke Pontianak. Kemuncaknya bila beliau memberitahu yang beliau telah memulakan operasi Pesantrennya sendiri bagi anak-anak yatim dan tenaga pengajarnya di import dari tanah Jawa. Keinginan untuk melawat lebih mendesak selepas mendengar cerita darinya
Hari 1 (1.12.2017 Jumaat (Hari Maulidur Rasul )
7.00am - Kami mulakan perjalanan dari rumah ke Tebedu checking point. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Banyak selingannya. Suami kata, dah jam macam ni, takut panjang barisan kat sana. Ok, plan asal nak bangkit awal dan gerak lepas Subuh. Sampai ke Tebedu jam 9.00am. Sebelum ke Checking Point kami singgah sarapan dulu.
Kami gerak dari Checking point Tebedu (selesai urus kemasukan kenderaan ke Pontianak, proses imigresen dan custom check) jam 12 tengahari. Keadaan jalanraya baik, dan selesa walaupun jalannya hanya ada dua lane sahaja. Kiri kanan jalan semuanya di penuhi oleh deretan kedai dan rumah kediaman.
Jam 2 pm, kami berhenti makan tengahari di Ranah Minang, masakan Padang. Mungkin terlebih excited (setiap trip akan menyebabkan ecitement yang terlampau....hahahaha), perut tak rasa lapar. Masakan Padang bukannya sesuatu yang menjadi kejutan budaya untuk kami, kerana masakan ini lebih kurang jer yang mask kat rumah.......(my father is orang nogori, ok).
Perjalanan di teruskan, tak banyak yang nak diceritakan sepanjang perjalanan. Al maklum saja lah, co-pilot asyik membuta. Feeling excited bila nampak pintu gerbang ni. How long is the journey? Sampai kat pintu gerbang ni jam 5.30pm.
Berhenti sekejap ya. Nanti ikuti cerita selanjutnya......
Eri dh lpa paswrd blog..xleh nk berbloging dh..best kak dpt jln2..miss u kak
ReplyDeleteEry log in jer emel. nanti boleh cuba masuk.
Deletejalan mmglah best...yang tak best poket je...hahha
Macam mana Kalau kereta sendiri bawa jalan² keseluruh indonesia Boleh K?
ReplyDelete