Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu....hari ni saya nak kongsikan dengan pembaca semua resepi Kek Dangdut. Kek ni adalah salah satu kek yang selalunya ahli keluarga mertua buat untuk perayaan. Saya ada google resepi kek ni, tapi tak sama dengan resepi yang saya ada. Pernah saya postkan gambar kek ni sebelumnya kat blog lama dan wall fb.
Minggu ni ada sorang kawan lama minta tolong buatkan 2 biji kek, Kek Dangdut dan Kek Kelasi Mabuk. Itupun dia tengok saya post kat fb, aktiviti mingguan terkini. Esok saya kongsikan resepi Kek Kelasi Mabuk dan cara membuatnya, ok. Kita mulakan ya.
Sebelum kita mulakan proses membancuh adunan kuih, terlebih dahulu didihkan air kukusan ya.
Bahan2nya :
1 buku buttercup/ golden churn
1/2 gelas gula
5 biji telur
100 gm horlikcks (1/2 pkt kecil)
150 gm susu nespray (1/2 pkt kecil)
1/2 tin susu manis
1 sudu teh esen vanilla
1/2 gelas tepung gandum (optional, tak letak pun tak pe)
Cara membuatnya.
1. Pukul buttercup dengan gula sampai kembang. tengok gambar kat bawah.
2. Masukkan telur satu persatu, dan terus pukul adunan sampai sebati.
3. Masukkan susu pekat, horlick susu tepung dan gaul rata. (terus guna mixer).
4. Bila dah gaul rata, masukkan tepung dan esen vanilla, gaul lagi supaya rata.
5. Alas acuan dengan kertas, masukkan adunan dan tutup permukaan acuan.
Saya gunakan plastik pembungkus nasi campur bersaiz 9 X 9, boleh juga gunakan aluminium foil. Kukuslah selama 4 - 6 jam. Hasilnya....tadaaa! Selamat mencuba ya.....sehingga kita bertemu lagi.
No comments:
Post a Comment