Sunday, 21 September 2014

NASIK ARUK DENGAN TELOR GORENG

Assalamualaikum semua, apa habar kitak semua.  Aritok kamek mok share resepi ninek kamek, tapi sik brapa nak ori lah, kamek ada molah sikit beda dari ninek kamek.....ekot lior nembiak.  Mun di Kuching tok nak femos menu nasik aruk tok.  Bes oi mun kei minum pagi ari.....kenak gik ngan kopi O kaw.....fuhh nang cun.

Sejarah nasik aruk ninek kamek tok, menu wajib tiap pagi.  Ninek kamek diam di kampung nelayan, tepi laut koh.  Tiap ari cdak empuan tok pegi kelaut, bukannya di tengah laut, maksud ke laut ya turun ke pantei.  Tapi sidak akan ngipak aek dolok, besanya sidak turun masa aek kerin, surut maksudnya.  Pa di polah sidak? Cdaknya ngambal, ngambik kepah, ngambik koyong, ngambik engkubar.......macam macam lagiklah kei makan tiap ari.  Dolok kampung ninek kamek sik dapat kei darat, mun nak ke kampong atau mun sidak nak ke Kuching, makei ekspres aek.  Makan masa juak dalam 3-ke 3  jam setengah.  Jadi sidak bergantung dengan hasil lautan dan sayor sayor kampong jak.....Jangan di heran, bawang pun sik banyak di jual koh.

Makanya sidak minum pagi makan berat sikit, kedak resepi aritok, Nasik Aruk Ngan Telor Goreng.

Bahan kei Nasik Aruk

Nasik sejok nok lebih malam tadik dalam semangkok 
Tok nok ditambah kamek kei rasa, mun ninek tolen nasik ngan garam jak aruk ngan minyak sikit jak.

Bawang bakong setengah igek dihiris ngan pusuk ujung genggam.  Garam ngan sikit aji.  Minyak makan sesuduk jak o.

Caranya

Panaskan minyak, aruk dak bawang ngan pusuk sampei pusuk tang kunin jak,

 kak ya masukkan nasik, garam ngan aji.  Arukkan makei api slow dalam 5-10 minit,  baruklah nasik ya tang serin jak.  Adoh nang nyaman.


Pa kei puan nya, telor goreng.  Resepi tok pun kamek tambah sia sikit.  Ninek telor ngkah garam goreng.

Kamek ngkah bawang bakong jak ngan garam, pi stail masaknya lain sikit dari ninek.

Panaskan kuali sampei berasap, engkah sikit minyak dan tandah api masuk dalamnya

  Tuangkan telor tek, kelak kitak orang nangga sisinya udah kedak kerupin tang itam kunin jak nak,

kocakkan telor ya tek, tambah kitak orang minyak sikit kak ya rah tepi tepi kualiya.  Tandah kejap sampei tang ada bau nak angus, baruk di balit.


Coba jak encerik, doh nak nang nyaman.....so taglinenya 'ko ada?".

Thursday, 18 September 2014

IKAN TONGKOL KARI SIMPLE

Assalamualaikum semua, semoga sihat hendaknya.  Sebenarnya entri ini sepatutnya di postkan pada 16hb, iaitu pada Hari Malaysia.  Ialah, bila masa cuti umum, keinginan untuk memasak semakin tinggi, sebab semua ahli  keluarga ada di rumah.  Hari ini saya hendak kongsikan satu lagi resepi mudah aitu Ikan Tongkol Masak Kari.

Pernah anak saya bertanyakan soalan kepada saya, "Mak, kenapa nak kongsikan resepi yang biasa dimasak, tak thrill lah.  Mesti dah ramai yang tahu masakan tu."  Saya pula mempunyai pendapat yang berbeza dengan anak saya, sebab saya bukannya Chef atau pakar masakan yang ada gulung ijazah dalam kulinari, saya hanyalah seorang wanita yang berkongsi apa sahaja masakan yang saya masak dirumah.  Saya kira berkongsi apa sahaja yang saya masakkan mendatangkan lebih kepuasan, biarpun ianya hanya satu resepi yang mudah seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini ie ikan bilis masak kicap....

Saya sangat menggemari ikan Tongkol, tetapi ramai juga yang alah kepada ikan Tongkol.

Bahannya







1/2  ekor ikan Tongkol (brt lebih kurang 600gm)
Potong dan rebus sebentar dengan garam dan 2 keping asam gelugor.  Kemudian toskan ikan tersebut.


Bahan untuk dikisar


6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari kaki
Kunyit hidup sebesar ibu jari tangan

4 sudu meja serbuk kari (saya guna Adabi)

3 tangkai daun kari
Minyak satu senduk (7 sudu meja)

250 gm kelapa parut untuk 300ml santan

1-2  bawang besar di potong
4 biji cili merah di belah empat

Caranya

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan kekuningan.

2.  Masukkan daun kari dan serbuk kari, tumis lagi hingga sebati kari dan bahan tumisan tadi.



3.  Masukkan ikan.


4.  Masukkan santan.

5.  Perasakan secukup rasa (perlu diingatkan yang ikan tadi telah direbus dengan garam).
6.  Biarkan kuah agak pekat, masukkan bawang besar hiris dan cili besar.


Untuk kari ini saya tidak menggunakan rempah tumis.  Cubalah, memang mudah.


PUCUK PAKU TUMIS BELACAN

Assalamualaikum, Selamat menyambut Hari Malaysia.  Untuk perkongsian resepi kali ini, saya kongsikan resepi mudah lagi ringkas 'Pucuk Paku Tumis Belacan'-  Resepi ni juga boleh digunakan untuk menumis Pucuk Midin, Kacang Botol juga lain lain sayuran seperti Kangkung.

Bahannya

Pucuk paku satu ikat
(saya campurkan dengan sejenis paku iaitu Paku Uban dan Daun Sengkel, tapi ini terpulang, pucuk paku sahaja pun sudah memadai).

bawang merah 3-5 ulas (saya guna lebih sebab bawang merah saya kecil)
bawang putih 3 ulas
cili kering 2 tangkai (kalau tidak mahu pedas, tidak perlu)
udang kering/ ikan bilis/ kiub ikan bilis
Belacan besar ibu jari tangan
Cili merah sebiji
Semua bahan diatas di tmbuk lumat kecuali cili merah.  Cili merah di potong memanjang.
Cara

1.  Panaskan kuali sehingga betul betul panas......ada asap boleh nampak
2.  Masukkan minyak masak dalam 5 sudu meja dan pastikan betul betul panas
3.  Masukkan bahan yang sudah ditumbuk lumat tadi dan tumis hingga agak kekuningan, pastikan guna high heat.

4.  Masukkan sayur yang sudah di basuh dan ditoskan airnya, kacau supaya sebati dengan perencah yang ditumis tadi (kekalkan high heat).

5.  Madukkan cili merah, godek godek sekejap dan tutup api.

6.  Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa, tapi kalau gunakan kiub ikan bilis dah tak perlu lagi garam dan serbuk perasa.
7.  Ok, sudah siap hidangan kita.  Sedap tau makan waktu masih panas.



Sunday, 14 September 2014

BINGKA LABU ARUK

Assalamualaikum semua, semoga sihat hendaknya disamping keluarga tersayang.  Saya pula menghabiskan cuti hujung minggu mengemas rumah dan terfikir pula untuk menjual barangan yang saya simpan sekian lama dalam bentuk garage sale.  Itupun online sahaja.  Petang tadi untuk minum petang sempat saya siapkan bingka labu.  Lama juga hasrat untuk membuat bingka labu ini, sehinggakan labu yang saya beli dari rakan saya sudah kelihatan hendak mengecut kulitnya.

Untuk resepi bingka labu saya hari ini, saya masakkan sekejap adunannya dan kemudian baru saya bakar di dalam oven.  Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

800gm labu kuning (sebiji labu bersaiz kecil)
rebus, toskan airnya.

500ml santan dari 250gm kelapa parut (kalau nak lagi lemak boleh guna 1/2 kg kelapa parut)
Gula apong/merah dan gula pasir secukupnya
2 helai daun pandan
2 gelas tepung.

Saya tidak jadikan labu rebus saya kepada puree, sebaliknya apa yang saya buat ialah:
1.  Masakkan santan bersama gula merah dan gula pasir serta daun pandan.  Biarkan mendidih dan agak pekat.

2.  Saya masukkan kembali labu rebus tadi dan kacau sehingga semua labu hancur dan adunan sedikit pekat.

3.  Kecilkan api dan masukkan 2 gelas tepung sedikit demi sedikit dan terus kacau adunan tersebut.  Bila dah rata bolehlah tutupkan api.
4.  Keluarkan daun pandan tadi dan alihkan aduanan ke dalam loyang yang telah di gris dengan mentega.
5.  Bakar dalam oven pada suhu 150 degree celcius selam 1 jam.
6.  Bila sudah masak, sapukan sedikit mentega di permukaannya dan biarkan betul betul sejuk sebelum di potong.


Alhamdulillah memang sedap dan menyelerakan.  Lebih lebih lagi ditemani kopi O kurang manis.  Cubalah, memang tidak menghampakan.  Selamat mencuba.

CREAMY CHICKEN WITH POTATO SOUP

Assalamualikum, selamat berhujung minggu.  Hari ini saya sediakan menu ringkas untuk anak anak.  Sup ayam campur kentang berkrim.  Maaf jika resepi saya tidak ikut peraturan buku masakan western, sebab kebiasaannya resepi saya lebih kepada rasa lidah dan diterima oleh juri di rumah saya.  Resepinya sangat mudah.

Bahannya
Gunakan isi ayam bahagian dada yang tanpa tulang untuk lebih mudah
300 gm dan potong dadu

bahan A

1 biji bawang besar di cincang
2 ulas bawang putih di cincang
halia sebesar ibu jari kaki di mayang halus
1/2 sudu teh dried oregano
1/2 sudu teh daun sup kering....daun sup segar pun ok




ubi kentang sebiji di potong dadu kecil
1 kiub ayam
susu segar atau full krim 200ml
tepung gandum 3 sudu meja
Air 1liter

Cara

Panaskan 1 sudu teh butter dengan sedikit minyak masak.  Tumis semua bahan A hingga naik bau.  Masukkan isi ayam dan 1 liter air.  Didihkan sehingga ayam betul betul masak.  Masukkan ubi kentang dan kiub ayam.

  Bancuh tepung dengan susu.

  Tuangkan kedalam sup tadi. Kalau hendakkan tekstur seperti sup vono atau campbell, boleh tambah sikit lagi tepung dan selepas sejuk masukkan dalam food processor dan kisar, kemudian masukkan krim......agi saya leih suka ianya tidak dikisar, ada juga rasa yang perlu di kunyah.  Cubalah....sedap makan dengan garlic bread.



Saturday, 13 September 2014

AYAM MASAK LOMAK CILI API

Assalamualaikum semua, memandangkan lama sudah tidak menikmati masakan dari kampung ayah, malam ini teringin pulak nak masak gulai "lomak cili api".  Kalau boleh dan mampu, nak saja saya tulis entri kali ini dalam bahasa Nogori........tapi sayangnya saya tidak dibesarkan dalam keluarga yang bertutur bahasa ibunda Nogori.  Makanya hari ini saya kongsikan resepi masakan istimewa kegemeran Abg Long, Ayam Masak Lemak Cili Api.


Bahannya

Seekor ayam sederhana besar lbh kurang 1.2 kg
Cili api kampung 30-50 biji, kalau nak pedas tambah lagi
Kunyit hidup 
Bawang merah 5 ulas
Serai 2 batang
Asam keping sikit
1/2-1kg kelapa parut....saya guna 1/2 kg jer
4 biji ubi kentang potong dadu

Caranya
Kisar halus cili api, kunyit dan bawang merah.  Serai keuk ketuk jer.  Masukkan ayam yang sudah di bersihkan dalam periuk bersama dengan bahan kisar, asam keping, serai, garam dan sedikit air.  Renihkan agak agak ayam separuh masak.
Sesudah itu masukkan santan dan ubi kentang, kalau nak pekat ambil santan pekat sahaja lebih kurang 500ml, tapi anak anak suka kalau kuah tak pekat sangat, maka saya perah santan 1 liter santan.  Saya tidak membahagikan kepada santan air dan santan pekat.  Perbezaan memasak gulai ini dengan mak saya sebab saya perlu memendekkan masa untuk menjadikannya mudah bagi saya yang masa agak terhad.  Kalau hendak lebih sedap, "suami komen mak masak lemak lagi sedap!", mak akan renehkan dulu ayam dengan santan cair, bila hampir masak masukkan ubi kentang dan santan pekat.

Bila sudah di masukkan santan, pastikan gulai dikacau dan tidak dibiarkan santan berketul sebab dibiarkan mendidih tanpa dikacau.  Cubalah tak rugi tau!

Saturday, 6 September 2014

PERARAKAN KERETA BERHIAS

Assalamualaikum, kita masih lagi berada di bulan Kemerdekaan, kalau pun sudah berakhi, belum lagi untuk Kuching.  Kuching Fest masih hangat dan sempena bermulanya Regatta Sarawak, malam tadi diadakan perarakan kereta berhiasan jabatan kerajaan dan berkanun.

Sebenarnya, kesihatan tidak berapa mengizinkan, namun tidak mahu menghampakan anakanak, saya keluar juga.  Sebab nya, mengatakan tidak keoada ayahnya bermakna semua tidak akan keluar rumah.  Cuaca tidak begitu mengujakan untuk malam yang meriah, makanya suami mencari alternatif untuk kami dapat menyaksikan perarakan kereta berhias dengan jelas.  Setelah berlegar dua pusinga di padang merdeka, Alhamdulillah dengan izin Allah, tepat waktu kereta melalui padang merdeka kami berada betul betul di garisan hadapan.  Sayangnya saya tidak bersedia untuk fotografi, maka nikmatilah gambar seadanya dari handphone ya.