Assalamualaikum, kita masih lagi berada di bulan Kemerdekaan, kalau pun sudah berakhi, belum lagi untuk Kuching. Kuching Fest masih hangat dan sempena bermulanya Regatta Sarawak, malam tadi diadakan perarakan kereta berhiasan jabatan kerajaan dan berkanun.
Sebenarnya, kesihatan tidak berapa mengizinkan, namun tidak mahu menghampakan anakanak, saya keluar juga. Sebab nya, mengatakan tidak keoada ayahnya bermakna semua tidak akan keluar rumah. Cuaca tidak begitu mengujakan untuk malam yang meriah, makanya suami mencari alternatif untuk kami dapat menyaksikan perarakan kereta berhias dengan jelas. Setelah berlegar dua pusinga di padang merdeka, Alhamdulillah dengan izin Allah, tepat waktu kereta melalui padang merdeka kami berada betul betul di garisan hadapan. Sayangnya saya tidak bersedia untuk fotografi, maka nikmatilah gambar seadanya dari handphone ya.
No comments:
Post a Comment