Assalamualaikum semua, hari ini saya menerima tetamu untuk makan tengahari. Anak bujang saya bawa teman sekolej ke rumah, alang alang hendak ke Pasar Minggu di Kubah Ria. Mencari kaktus hiasan untuk projek semester 2 Diloma Pengurusan Perladangan.
Kebetulan pula baru sahaja rakan dari Kampung Tambirat menjual ikan terubok segar. Di bahagian Asa Jaya ni memang terkenal dengan ikan Teruboknya, tapi tidaklah semahal harga Terubok di bahagian seperti Beladin atau Meludam. Untuk Terubok yang sederhana besar ini, tiga ekor beratnya 1.7kg, dan semua bertelur, saya dapatkan dengan harga rm17 sekilogram. Mulanya ingat hendak di panggang, tetapi suami pula lebih gemar di kukus.
Bahannya
1-2 ekor ikan Terubok sederhana besar
Halia diracik memanjan
Bawang putih juga dihiris memanjang
Asammkeping dihiris memanjang
Sedikit minyak bijan
Garam dan serbuk perasa
Cuci ikan hingga bersih, lepas itu lumurkan dengan garam dan serbuk perasa. Letakkan dalam aluminium foil, tabur je bahan hirisan yang dah digaul bersama dengan minyak bijan, (boleh juga kalau nak letak hirisan cili hidup) tadi keatas ikan. Sempurnakan bungkusan aluminium foil tapi biarkan sedikit bukaan diatasnya. Kukuslah lebih kurang 45 minit, pastikan air betul-betul mendidih.
Kalau ingin mendapat haruman yang enak, boleh tambah hirisan cendawan hitam dan daun bawang. Selamat mencuba.
Nyum nyum sdp nya kak
ReplyDelete