Friday, 3 January 2014

KITA NI DAH BETUL KE?

Baru je aku nak pos komen kat wall sepupu aku yang tulis status pasal persaan takut dengan isu semasa yang baru je berlaku.  Isu rampasan bible yang menggunakan nama Allah.  Tup tup status tu dah tak de......la die padam ke?

Masa tengok berita pasal kejadian tersebut, aku senyum sendiri.  Bayangkan kat Sarawak ni, aku dah pernah baca Bible yang memang guna nama Allah, pernah masuk gereja masa sekolah rendah, tapi die orang tak pernah paksa kami sembahyang, duduk di bangku yang kat belkang gereja, dan duduk diam2 kat situ,  dan di sekolah kami tak ada mata pelajaran agama Islam.

Tapi aku tak pernah keliru dengan agama aku,sejak umur 4 tahun dah di ajar mengaji dan solat, tujuh tahun dah mula baca Al Quran, dan aku masih tahu aku beragama Islam.  Balik sekolah, petang pergi mengaji, diasuh cara Islam di rumah dan diajar menghormati bulan Ramadhan, walaupun di sekeliling aku majoriti rakan bukan Islam yang makan dan minum, aku tak pernah persoalkan kenapa orang Islam kena berlapar.

Kita diajar kebebasan beragama, tetapi jika kita Islam dan didikan Islam serta Allah memelihara kita, tiada apa yang boleh menggoyangkan akidah kita.  Tidak semesti ketaksuban kita menjamin segalanya betul.

Kalau tengok di sekeliling, media massa dan movie serta game lebih mempengaruhi anak muda Islam kita, contohnya

1.  Hari Jumaat pergilah kat shopping Mall, berpa ramai anak muda Islam yang tak solat.

2.  Pergi ke shopping Mall, berapa ramai anak muda Islam yang masih menjalankan tugas waktu solat Jumaat.

3.  Pergi ke shopping Mall, berapa ramai anak muda dengan bangganya menggunakan pakaian yang mendedakan aurat dan mewarnakan rambut yang sudah tentunya membataskan wuduk.

4.  Pergi ke shopping Mall berapa ramai pasangan Islam yang bukan muhrim berpegangan tangan dan berpelokan.

5.  Tak perlukan nak gi jauh, semuanya depan mata.........macamana tak goyah bila asas pon dah tiada?

FUUHH! BEST GILERRR!

At last I end up here, lepas hampir seminggu lenguh bahu dan tengkuk.  Itu pun leoas beberapa kali hubby aku pujuk.  Bukan apa aku berat hati nak gi sini, aku ingat lagi pengalaman berurut lepas bersalin, sakit dan geli tak terkata.  Mak Cik bidan tu urut macam uli doh roti canai, sakit beb!

Sebelum tu hubby buat appoinment dulu, ok ada slot pukul 3pm, sebab kalau pelanggan perempuan, yang mengurut isteri nya......eh lupa lak aku nak perkenalkan tempat ni.

TN Massage Centre ni beroperasi di Batu Kawah New Township (MJC).  Di kendalikan oleh sepasang suami isteri yang mengalami kecacatan penglihatan.  Encik Tazlan dan Puan Noor Athirah (Voon).  Kedua-duanya adalah atlit paralimpiad.  Sukan Sukma yang lepas pun menang pingat emas.

Sekarang ni mereka dah ada tambahan kakitangan, jadi ambik tempahan pelanggan wanita 3 orang sekali untuk satu masa, manalah tau kot korang tak nak gi sorang dan nak berteman.

Tak mahal dan sangat berbaloi, 1 jam rm28.00.  Tak taulah kalo die naikkan yuran lepas ni, tapi kalu naik sikit pon aku tak kisah, mmg sedap die mengurut (Puan Athirah).  Die urut dari kepala sampai hujung jari kaki.  Hampir aku terlena tadi, tapi memang tak boleh blah bila aku dengar penyampai hot fm kata lagu dari Sofi Jikan, idola aku tu.  Sofi Jikan ada single?

Sesapa yang rasa nak gi sini boleh kol

ENCIK TAZLAN 013 811 7002 atau
MDM VOON/ NURATIRAH 013 811 7311

Thursday, 2 January 2014

TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR

Bangun cepat bangun cepat dah pukul 6 pagi, sorry mak terlelap!

Ha amek kaw, sebabnya aku tak berapa lena nak tido, tengkuk masih sakit, aleh2 kol 3 lebih kot baru nak nyenyak.......hihihi aku suka tengok jam setiap kali terjaga dari tido atau pun tak lena tido.  Hubby pulak lupa set alarm!  

Yang jenakanya si baby, bangun masuk bilik mandi boleh lagi tanya aku, mak ada nasik tak? Nak makan nasik dengan ikan goreng!  Hi budak ni, dah tau dah lambat mana sempat nak tunggu aku tanak nasi, tak boleh belah betul!  Dah dah makan sosej goreng je, gi cepat bersiap!

Wani dengan muka monyok, capai berus gigi dan buat muka cute sleepy duduk depan sinki, nasib berus gigi bateri tu, die dok pegang je biar bende alah tu kerje sendiri.

Hadoi, dalam kekalutan tu sempat lagi tanya, mak kenape sosej tinggal dua je dlam priring?  Cepatlah makan wani oi, nanti lambat.  Sekolah awak tu bukannya dekat, kalau baby tak pe lah jugak 5minit dah sampai.  Macam2 lah die orang ni, tak faham2 dah lambat.

Kata pepatah TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR! TERLAJAK KATA BADAN BINASA............tapikan aku nak tukar rankap kedua tu,  TERLAJAK TIDO KELAMKABUT JADINYE!......Wassalam

NAK MASUK TIDO DAH!

Lepas makan malam tadi, baby ajak gi gunting rambut, huhuhu abislah fesyen Lee Min Ho anak bujang hensem aku ni.  Wani pulak lepas makan, sibuk ajak aku tengok tv, al maklumlah kerja rumah semua dah siap.  Bestnya dapat balik hari2 seperti dua bulan yang lepas, hehehe rutin aku dah kembali!

Pagi tadi dah kene booked dgn budak dua orang ni hantar gi sekolah, teruknya budak berdua ni, balik sekolah masing2 buat taik mata.  Aku pon malas nak tanya abang long panjang2 pasal keta, abis pon aku warning angah jangan bagi laporan yang terlebih sensasi.

Sebenarnya waktu ni aku dah melengkar atas tilam, nak tido......Tapi Wani pulak masih buat macam macam aksi kat sebelah aku ni, manatak puas tido petang tadi.  Macam macam lah dia bargain kat aku......tak pa, kejap lagi aku buat tak layan die mesti tido punye.....ok misi aku bermula...buat bodo

NASIB TAK KENE HEART ATTACK

Tengahari tadi waktu dalam kereta dapat sms, macam ni:
"Mak keta anco oleh abang, balit lak jak madah kenak"(bahasa sarawak)

Aku tersentap, tapi cuba buat2 slamba, bagitau hubby dengan nada sehabis cool sebab hubby tengah driving, "Yang, bebi bagitau keta anco".  Take note ok aku tak letak exclaimation mark pon kat belakang word tu!

Hubby terus diam, air muka berubah tapi tak cakap apa!  Tak pa yang, saya kol bebi jap.  Aku pon kol bebi, tak berjawab........Ya Allah jgnlah ada apa2 kat budak dua orang tu.  Sebabnya tadi hujan lebat, sebab ada bende nak disetelkan so pesan abang soh ambik bebi kat sekolah.  Dalam hati asyik berdoa, janganlah abang terlanggar orang, atau kene langgar, selamatkanlah dua orang tu.

Kenapa telefon bebi tak dapat contact, cek lagi mesej rupanya dari angah.  Cuba kol angah, tak angkat pulak.  Aku makin risau, tapi sedaya upaya tak pamirkan kat depan hubby.  Hubby masih diam seribu bahasa.

Lepas dah gabra baru teringat nak kol abang long, abang angkat fon, aku tak terus tanya pasal keta ke apa.  Sebab kalau abang jawab tefon, maknanya die okay, terus aku tanye mane baby?  Abang cakap dlm bilik, tido, lepas tu perlahan abang bagitau

"Mak abang terlanggar pagar rumah tadi, pintu kereta kemik", Ya Allah leganya aku, hish angah2 nasib baik lah aku tak kene heart attack.  Aku khbarkan kat hubby apa yang berlaku, hubby pon bersuara buat pertama kalinya lepas perkhabaran tadi  "Awak tau tak saya cemas giler, takut dia berdua terlibat dalam kemalangan, tengok ni bibir saya ni dah kering tau!".  Aku cuma mampu terkebil-kebil, salah aku ke yang buat cerita......

Wednesday, 1 January 2014

NAK CERITA JE

Kepala aku berdenyut2 lagi ni, bangun pagi pon dah rasa nak pitam.  Semalam pon hubby kena urut kepala sampai terlena, panadol tak jalan lansung!  Tengkuk pon rasa macam tak selesa.

Asyik je mengadu kat hubby, sampai aku punye personal doctor (hubby) cakap,"Ni bukan sebab selsema ni, banyak sangat yang di fikirkan kalau tak pon high cholestrol level!".  Fuyoo die punye diagnosis, dari psikologi ke fisiologi, tak masuk bab anatomi......

Betul jugak kot, banyak sangat di fikirkan dan banyak sangat kunyah makanan yang tak sihat.  Mana taknye, suka sangat ikut selera anak2 pergi fast food.  Kalau pasal beban mental....tu tak yah nak cakap lah.  Stress tu penting jugak untuk teruskan kehidupan.

Lunch hari ni, dah layan selera Wani gi KFC.  Kekadang aku naik rimas jugak makan kat luar ni, menu die sama je.....Aku ingat lagu 2 hari yang lepas masa aku masak lunch kat rumah, menu die telur goreng ,ata kerbau tuang kicap, sayur kobis goreng, pekasam ambal tumis bawang ngan sambal petai....Adha punye komen "Unik makanan hari ni", alamak dah lama ke aku tak masak?

Well, untuk korang2 yang kat luar tu aku ucapkan selamat menikmati hidangan tengahari korang.......aku lunch dengan 1 cawan Sensualite!

LU PEDULI APA! GUA PUNYA SUKALAH!

Mendidih bee hoon sup dalam perut aku ni.........korang nampak tak asap die keluar dari lobang idong ngan lobang telinga aku.  Aku pon tak fahamlah kenape sesetengah orang buat keje giler macam dunia ni die yang punye. 

Cube korang jawab solan aku ni, kalau korang pergi makan kan luar, suke tempat yang macam mane.......yang sunyi dengan bunyi muzik sepoi2 ke, yang hiruk pikuk dengan suara manusia ke, yang sibuk tapi tak bising, yang sesak atau.........yang bising mengalahkan pasar lelong dan serupa macam bunyik riuh rendah kat stadium bola sepak?

Aku sebnarnya baru balik dari makan kat satu kedai makan berdekatan kawasan tempat aku tinggal ni.  Makanan kat situ memang boleh tahan sedapnya.  Mula tu suasana memang aman betul, hanya bunyi hujan je kat luar tu.  Penghujung jam nya aku makan kat situ, terdengar suara sekumpulan manusia menyanyi beramai-ramai, lagu sokong pasukan bolasepak Sarawak!  Mula2 tu ok jugak sebab nyanyi je,  tapi korang tau tak, sebab dua tiga pelanggan dok goyang2 kepla dan senyum 2 kat dorang, boleh dorang gi ambik drum kat dalam kereta dan mula naik syeikh pulak.

Kalu tercekik sah2 aku dah masuk wad.  Nasib baik pekena bee hoon sup je, itu pon rasa tak tertelan dibuatnya.  Kepla dahlah berdenyut2 sebab selsema, ditambah kan pulak sekumpulan manusia yang tak tau hormat hak orang lain.  Hello brader ni tempat makn lah, kalau nak melalak pon, gi buat kat rumah korang bak tengok kalo jiran korang g buat laporan polis ke tak!  Mak Ai, apalah kejadahnya korang g melalak kat sini!  Bengang gila ni, rasa nak terkeluar balik dah makanan dalam perut aku ni!   Apa nak buat, Malaysia ni negara yang aman dan seperti mana rukun negara yang ke lima, Kesopanan dan Kesusilaan, agaknya dorang ni bukan berasal dari Malaysia kot!

MERAPU TAUN BARU

Kalau aku merapu pon, korang kene baca jugak,  ini taun ketiga aku kene OT pada malam menyambut Tahun Baru Masehi.........hihihi oklah, oklah taun 2014.  Macam baru minggu lepas je aku buat OT pada malam taun baru 2013.

Malam ni jugaklah di jangkakan ada perhimpunan kat pdang merdeka just depan klinik aku je,  hihihi agendanya kenaikan harga barangan yang tak terkawal pada 2013....... tetapi kalau kita fikirkan balik apalah sangat perubahan yang kita dapat buat dari perhimpunan atau demonstrasi jalanan?

Di pendekkan cerita merapu aku ni, balik kerja dah plan nak buat gathering kat restaurant steamboat dan barbeque, dengan famili hubby.  Bil kat situ untuk dewasa rm22 dan rm11 untuk kanak2.  Kalau untuk akulah, just nak makan 2 je memang dalam kategori mahal lah jugak, tapikan duduk kat kfc je aku satu family boleh habis jugak rm100.

Apa yang bangga gila punya kejadian, masa sampai kat restaurant tu, punyalah ramainya manusia, sampai meja kitaorang yang dah di booked pon dieorang bedal.  Dalam hati aku, fuiyoo kaya gila org kita ni (hihihi termasuk akulah kan! hahaha).  Elok lah yang sebelah sana perjuangkan kenaikan harga barang, yang sebelah sini belanja sakan macam sokong je kenaikan harga barang.

Tapi memang etul gile babi punya harga barang sekarang ni,  boleh migrain waktu buat belian bulanan barang runcit.....Fuhh.  Brim 1 ribu pon boleh habis sehari....hanya utuk barang runcit dan belanja beli barang sekolah anak2.  Tak gitu.