Thursday 19 June 2014

KEK HATI PAREK

Sarawak memang terkenal dengan kehebatan keknya.  Biarpun tidak secantik dekorasi kek fondant dan aising sugar, tetapi keenakan rasanya yang sering menambat hati mereka yang menikmatinya.  Saya masih ingat lagi, sewaktu kecil ibu-ibu saudara saya sering merungut apabila tiba masa membuat kek, sebab masa tu mereka tak gunakan electric cake mixer, tetapi memukul mentega dengan gula sehingga berkrim secara manual.  Saya juga pernah menempuh pengalaman yang sama, sewaktu mula menjinakkan diri membantu mereka membancuh kek, memang proses tersebut amat memenatkan, tetapi hasilnya amat berbaloi.....Kalau nak tahu pengalamannya cubalah, pukul mentega dengan gula hingga berkrim dengan pemukul adunan seperti dalam gambar ni. 
         

Hari ini saya nak berkongsi satu lagi kek tradisi di Sarawak iaitu Kek Hati Pari (atau mengikut sebutan kami, Kek Hati Parek).  Secara jujurnya, saya jarang membuat kek ni  (sekadar mengambil upah musim perayaan), sebab prosesnya agak rumit bagi saya.  Proses yang rumit tidak ketara jika kita membaca resepinya.  Salah satu proses yang agak rumit bagi saya ialah penyedian satu daripada bahannya, iaitu kismis hancur.  Kek Hati Pari memerlukan kismis yang dihancurkan sehingga lumat untuk mendapat tekstur yang cantik warna yang menarik dan rasa yang sedap (walaupun warnanya hitam gelap).  Pernah saya berseloroh dengan seorang teman yang asyik tawar menawar upah membuat kek ni, kata saya " kak boleh lah saya kurangkan upah, itu pun kalau kak tak kesah saya pergi lenyek kismis tu dengan kereta".  Walaupun gurauan agak kasar, tetapi disebabkan keenakan kek ini, kakak tersebut tetap nak saya buatkan kek hati pari dia dan seterusnya bersetuju dengan permintaan upah saya.  (Saya kenakan upah rm30 untuk membuat kek ini).
Kismis yang telah di hancurkan

Penyediaan kismis hancur ini saya lakukan dengan mencincang kismis tersebut terlebih dahulu dan kemudiannya saya masukkan ke dalam beg plastik dan mula menumbuk (roll dengan roling pin pun ok juga) supaya betul-betul hancur dan lumat.  Pernah food processor saya terbakar gara gara nak hancurkan kismis ni.  Saya sangat berbesar hati jika ada yang memberi idea yang lebih mudah untuk mendapatkan kismis hancur ni.

Sekarang biar saya tunjukkan keantikan resepi Kek Hati Pari ini kepada semua.  Inilah dia resepinya.


Cara membuatnya
Gula merah

1.  Pukul gula merah dengan telur hingga kembang.
Step 1

2.  Masukkan mentega (kacau dalam bekas supaya tak berketul, tidak perlu di putar), horlick, tepung                gandum (tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama) dan kismis dan gaul rata.
Step 2

3.  Saya tak guna coklat untuk resepi saya tetapi menukarkannya kepada 1 sudu teh serbuk koko dan 6           sudu    makan susu manis, saya gaul rata bersama dengan browning sugar, setelah sebati masukkan ke            dalam  adunan.
Step 3
Step 3

4.  Akhir sekali baru masukkan gula hangus (saya harap anda semua tahu cara penyediaan gula hangus).            Tuang perlahan lahan sambil di kacau supaya sebati.
Step 4

5.   Kebiasaannya saya akan rehatkan adunan sebentar dalam 30 minit. Masukkan ke dalam acuan dan               kukuslah selama 8-10 jam (Api sederhana supaya adunan tak berlubang lubang bila masak).

Sekarang ni saya dapati Kek Hati Pari ini sudah banyak versi juga.  Terpulanglah kepada mereka yang menikmatinya.  Bagi saya, inilah resepi yang saya perolehi dari ibu saya.  Silalah cuba.  Kek ini bersaiz besar,  biasanya saya tak buat satu adunan tetapi memadai dengan setengah adunan sahaja.  Kek ini juga tahan lama, mungkin disebabkan kandungan asid sorbik di dalam kismis yang bertindak sebagai anti kulat semulajadi.  Sampai berjumpa lagi.  Wassalam.
(Kek belum masak lagi, nanti saya updatekan rupa kek yang dah siap, mungkin dalam entri akan datang ya)

1 comment: