Friday 20 June 2014

KEK LAPIS CREAM CHEESE

Assalamualaikum semua.  Saya kembali untuk menunaikan janji saya pada entri yang lepas iaitu hasil Kek Hati Pari.  Inilah rupanya.

Seperti mana senikata lagu dan juga peribahasa Melayu "Hitam hitam si tampok manggis, biarpun hitam ku pandang manis."

Hari ini saya hendak berkongsi pula kek kegemaran anak bujang ketiga saya, iaitu Kek Lapis Cream Cheese.  Untuk pengetahuan semua, kek ini banyak dijual dikedai kedai kek lapis di seluruh Kuching ini.  Rasanya lembut seperti kek span, tetapi rasanya amat kaya dengan lemak mentega dan keenakkan cream cheese serta taburan Cheese Cheddar diatasnya.  Biarpun tidak di hiasi dengan warna warna lapisan yang menarik, namun taburan cheese sudah cukup untuk memukau mereka yang menggemari cheese seperti anak bujang saya ini.

Kek Lapis Cream Cheese
Resepi : Zheinysha
Sumber: Myresipi

Bahan A
Bahan A


10 biji telor
300 gm gula
280 gm tepung
2 sudu makan ovallette
2 oz air ais

Bahan B

16 oz mentega
200 gm cream cheese
5 sudu makan susu pekat
Sedikit Cheddar cheese diparut untuk di tabur

Cara membuatnya
step 1
1.  Pukul bahan A hingga pekat. (Pada kelajuan tinggi lebih kurang 7 minit)
step 2
step 2
2.  Pukul mentega dengan susu hingga sebati, dan masukkan cream cheese dan kacau biar sebati.
step 3

3.  Masukkan bahan A ke dalam adunan mentega dan gaul hingga sebati,
step 4.  saya hanya tabur pada lapisan terakhir
4.  Bakar selapis demi selapis dan taburkan cheddar cheese di setiap lapisan.

Senangkan cara membuatnya.  Saya menggunakan api atas sahaja dengan suhu pada paras 250 darjah.  Kek in lembut, gebu enak dan sangat berkrim rasanya.  Anak anak saya memang sangat sukakan kek ini, sehingga tidak sabar menunggu kek sejuk untuk di potong.
Cubalah, sedap untuk minum petang.  Bahan-bahannya pun senang diperolehi.  Sampai bertemu lagi.  Wassalam.

No comments:

Post a Comment