Sunday 18 March 2018

KEK LAPIS HOLIDAY INN

Assalamualaikum semua.  Apa khabar ya.  Diharap sihat hendaknya.

Hari ni akak nak kongsi satu resepi kek raya orang lama untuk semua.  Al maklumlah, dah masuk 1 Rejab hari ni.  Puasa tak?

Dah dapat resepi awal awal macam ni bolehlah buat kitchen testing.  Nanti esok bila nak buat dah ada keyakinan kan.

Kek ini dimasak secara mengukus.  Akak tidak sarankan ianya dibakar.  Ianya adalah kek berlapis  Apabila bercakap tenang kek lapis versi kukus, kesabaran kena banyak yer.

Tak pa, ada satu solution, kalau rasa nak makan atau nak buat hidangan perayaan, tapi tak cukup masa nak labor ke proses membuat kek ni, boleh hubungi akak untuk menempah.

Add caption

KEK LAPIS HOLIDAY INN

Bahan2

16 oz/454gm mentega (Anchor/ Golden Churn/ SCS}
150 gm gula halus
10 biji elur gred A
1 tin (500gm) susu pekat manis
200 gm tepung biskut Marie
200 gm horlicks
200 gm milo
1 susu teh esen vanilla

Cara membuatnya

1  Pukul mentega bersama gula hingga berkrim.
2.  Masukkan  telur satu persatu hingga habis dan putar biar sebati.
3.  Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla. gaul sebati
4.  Masukkan tepung biskut Marie dan gaul rata
5.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
6.  Bahagian 1 masukkan horlicks dan pewarna hijau
7.  Bahagian 2 masukkan milo

P
Didihkan pengukus.  Alas loyang bersaiz 8 X 8 dengan kertas kek.  Masukkan lapisan pertama.  Terpulang kepada anda nak letak yang mana dulu.
(Tips untuk dapatkan lapisan yang sekata.
1.  Gunak cawan atau senduk yang sama.
2.  Timbanga adunan dan bahagi sama rata)
untuk akak, akak guna cara kedua sebab nak memastikan ianya sekata dan cantik serta tiada adnan lebihan,  sebab biasanya akak buat untuk tempahan).
Mengukus kek ini mengambil masa lebih kuran 6 jam.

Kek ini sangat sedap.  Bukan rasa Neslo tau.  Tapi memang sebab.  Kek nyer juga lembab dan tak muak di makan.  Selamat mencuba.

Untuk tempahan, silalah ke page fb Hawani Kek dan Biskut disini.

Monday 18 December 2017

PONTIANAK HARI 1



Kota Pontianak mungkin tidak sehebat nama gah kota-kota lain di kepulauan Indonesia yang terkenal sebagai tarikan pelancungan. Namun, bagi mereka yang suka menikmati keberadaan perbezaan budaya dan adab cara juga mengisi ruangan masa cuti untuk tetap travel,  bukanlah satu pilihan yang aneh untuk ke sini. 

Sepertimana yang pernah diberitahu di dalam  entri sebelumnya,  kami tiba di Kota Pontianak tepat jam 5.30 petang.  Lalu lintas memang sibuk, menunjukkan tingginya kepadatan penduduk disini.  Destinasi pertama kami setibanya di kota ini adalah tempat penginapan yang telah di tempah lebih awal melalui Booking.com.  Berpandukan Google Maps, kami selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Hotel Kapuas Dharma 2

Entrance dari Jalan Besar

Bilik yang di tempah pada harga Rm60 beserta sarapan untuk 2 orang.  Biliknya selesa untuk bertiga.  sebuah queen bed dan ditambah satu extra bed.  Biliknya bersih.  


Hotel ini adalah gabungan 3 hotel iaitu Hotel Kapuas Dharma, Hotel Kapuas Dharma 2 dan Hotel Kapuas Palace.  Bagi yang membawa keluarga dan anak-anak, kolam mandi yang luas dan selesa mampu menggembirakan anak anak.

dan Cafe sewaktu sarapan.

Setelah selesai dengan proses check in, dan usai Solat Maghrib, kami keluar ke Taman Alun-Alun Kapuas.  Untuk info, di mana sahaja anda pergi di bandar ini, ada seseorang yang akan mengatur parking kenderaan anda.  Yuran parking yang dikenakan, ditentukan oleh orang yang menjaga kawasan tersebut.  Upahnya diantara IDR2.000 ke IDR 5.000. 

Taman Alun-Alun Kapuas adalah tebingan Sungai Kapuas yang di bangunkan untuk tujuan riadah dan beristirehat.  Sesuai dengan bandar yang berada pada garisan Khatulisiwa, makanya mercu tanda yang banyak didapati di sini ialah mercu Khatulistiwa.  Nikmati pemandangan yang ada di Taman Alun-Alun Kapuas.  Namun terlupa pula nak mengambil foto di taman permainan kanak-kanak.




feri yang di jadikan cruise yang mengenakan caj IDR15.000/org. 

Perahu yang di ubah menjadi gerai jualan




Masjid Jamek dari cruise


Di hari pertama, hanya sempat ke sini saja.  Sebelum pulang merehatkan diri ke hotel, kami makan malam di Restoran Beringin, hidangan Masakan Padang....komen ok2 aje.  Nantikan entri akan datang untuk destinasi seterusnya ya.