Tuesday, 20 January 2026

Mulanya saya jadi pesara

 Assalamualaikum.

Saya berfikir nak kongsi cerita apa hari ini.  Apakata kalau saya kongsikan mengapa saya pilih untuk menjadi pesara pilihan (belum sampai tempoh matang persaraan).

Secara jujurnya, saya mula mengambil kelutusan untuk bersara kerana kelemahan diri.  Saya tak mampu nak kejar dunia perhkidmatan yang terlalu laju berkembang dan berubah.  Saya rasa tertinggal, terpencil dan tertekan.  

Sewaktu mengambil keputusan untuk bersara, saya masih banyak komitmen bulanan.  Kerana saya bersara belum pada umur yang membolehkan saya menerima pencen bulanan, aduh, laluan nya agak sukar.  Pada awal beberapa tahun, masih ok, sebab ada simpanan yang membolehkan saya membayar komitmen bulanan.  Di akhir tahun persaraan sebelum bakal menerima  pencen bulanan, perit tapi masih mampu tersenyum.  Saya berjanji kepada diri tidak menjerumuskan suami dengan kerisauan disebabkan kekangan kewangan saya.  Tapi, Alhamdulillah, setiap kali kekangan itu hadir dalam erti kata nyawa di hujung tanduk, ada saja yang tiba sebagai bantuan.  Ianya samada saya dapat tempahan kuih pukal atau pun gadaian barang kemas yang berada di ketika harga tertinggi.

Saya hampir nak ke AKPK, namun memikirkan jangkamasa hutang di institiusi kewangan akan menjadi lama, saya usahakan juga untuk melunaskan komitmen bulanan tanpa gagal.

Yakin bahawa Allah tidak akan menguji melebihi yang kita mampu, saya tenang tenang aja.  Suami dan anak2 adalah pemberi semangat dan yang sentiasa buat saya rasa tenang.  Pernah sesorang bertanya kepada saya, kenapa nak berhebti kerja, sedangkan kami di sektor swasta berimpian untuk berkhidmar di jabatan kerajaan.  Saya tak mampu menjawab soalannya, kerana tidak munkin orang lain faham apa yang kita hadapi.

Jadi sekarang saya hanya lalui setiap hari dengan selesa dan tenang.  Jumpa lagi yer di post akan datang.  Bacalah.  Saya berjanji untuk jujur di setiap penulisan ini.


No comments:

Post a Comment