Friday, 30 May 2014

KEK DANDY

Assalamualaikum, selamat pagi.  Sempat siapkan sebiji kek untuk dihadiahkan kepada seorang kawan sempena sambutan hari Gawai.  Alhamdulillah.  Kek ni kek lama, dan biasa je.  Kek Dandy.  Jom kita kongsikan resepinya.

Nak tunjuk klasik tak klasik nye kuih ni, sengaja saya ambik gambar buku resepi lama ni.

Cara cara membuatnya.

1.  Putar telur dengan susu, biar sebati je, tak perlu sampai kembang.

2.  Dalam bekas lain, putar mentega dengan gula sampai kembang


3.  Kemudian satukan kedua-duanya dan putar hingga sebati.


4.  Masukkan tepung dan gaul rata.

5.  Akhir sekali masukkan buah-buahan yang telah digaul dengan 1/2 gelas tepung sebelumnya. (Saya hanya gunakan tiga jenis buah je, dried blackcurrent, ceri hijau dan ceri merah).



6.  Ratakan adunan didlam acuan yang telah dilapik dengan kertas dan susun ceri sebagai hiasan.

7.  Tutup permukaan acuan dan kukus selama 4 jam.  (Pastikan air telah dididihkan terlebih dahulu.)

8.  Tada!

Selamat mencuba ya.  Kita jumpa lagi.  Wassalam.

Wednesday, 28 May 2014

AYAM TIGA SERANGKAI

Assalamualaikum semua.....Alhamdulillah bertemu lagi kita di alam maya.  Hari ni saya nak kongsikan satu resepi masakan yang agak popular untuk keluarga kami.  Masakan ni amat digemari oleh mak saya, terutamanya kalau masak kaki ayam.  Biasanya yang agak ngam buat masakan ni ialah adik bongsu saya, macam lengkap je rasa dia.  Nama ayam tiga serangkai ni saya sendiri yang reka, sebab nak letak nama ayam tiga rasa macam tak kenalah pulak.

Mari kita pergi ke bahan-bahannya.


1/2 ekor ayam di potong macam nak masak kari.

Bahan perap ayam
3 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
6 sudu besar kicap





Bahan kisar

Bawang merah 8 - 10 ulas
bawang putih 4 ulas
Halia besar ibu jari kaki
serai...titikkan je
rempah tumis
sedikit minyak untuk menumis.


Cara membuatnya

1.  Potong ayam dan cuci bersih.
2.  Perap ayam 10 - 15 minit dengan bahan perapan.

3.  Tumis bahan yang telah di kisar (bawang merah, bawang puti dab halia), serai dan rempah tumis.
4.  Bila bahan tumisan dah naik bau, masukkan ayam dan biarkan sebentar sambil dikacau.
5.  Masukkan secawan air dan renihkan hingga kuah agak pekat.

6.  Perasakan dengan sedikit gula, kalau kurang masin boleh tambahkan kicap atau garam.
7.  Biarkan kuah pekat dan agak kering ala-ala rendang.  Siap untuk di hidangkan.

Asalnya saya nak namakan masakan ni ayam 3 dalam satu.  Kenapa? sebab ayam masak kari, masak kicap dan masak sos dalam satu resepi.  Maaflah dengan persembahan yang tak menarik sebab untuk makan kat rumah je .  Nanti cuba buat persembahan ala-ala Masterchef ye.  Cubalah resepi ni.  Jumpa lagi yer.  Wassalam.

BISKUT RAYA 2014

Assalamualaikum, selamat hari Isnin.  Macam biasa hari Isnin kembali memulakan tugas sebagai kakitangan awam.  Pagi bermula dengan ceria je.  Hari ni jalanraya agak lengang, mungkin dah ramai yang bercuti dan balik kampung untuk perayaan Gawai.




Sampai je ke tempat kerja, nampak satu bekas menarik kat atas meja tempat kami selalu lepak.  Satu bekas makanan yang di penuhi oleh biskut yang cantik dan menarik.  Rupanya ada kawan yang promosikan biskut raya.  Tu yang dalam pic kat atas tu.  Sebenarnya biskut kat dalam tu dah tinggal setengah je.  Setengah lagi kami dah makan, tester lah kononnya.  Tapi memang sedap dan rangup (kalau orang Sarawak kata sepor).

Biskut ni hasil buatan dari rakan sekerja juga tapi dari cawangan lain.  Biskut ni dia buat untuk promosi Gawai, alang-alang sekali arunglah dengan raya.  Kerana keenakan rasanya saya beli sejenis namanya Biskut Royal Almond Slice.


Memang berbaloi lah pilihan saya, sebab anak yang bongsu habiskan dalam masa 20minit je....Nampak gayanya tak ekonomi kalau nak membeli untuk raya ni.  Silap-silap beli beberapa balang hanya untuk Wani.  Ini membuktikan yang biskut Anis ni memang sedap.


Inilah senarai biskut yang diedarkan.  Jadi kepada yang duduk sekitar Kuching tu bolehlah telefon untuk pertanyaan  ANIS (013-4122162).....Tak salah nak bantu perniagaan rakan kan.  Sampai kita jumpa lagi ye. Wassalam.

Sunday, 25 May 2014

KEK LAPIS JEJAK RASUL

Assalamualaikum semua, jumpa lagi kita.  Hari ni saya teringat dengan satu gambar kek yang mengingatkan saya kepada satu kek yang saya pernah makan masa hari raya tahun lepas.  Saya tanya kepada tuan punya kek, adakah beliau sudi berkongsi resepi dengan saya, tetapi kek tersebut menurut buliau adalah pemberian salah seorang rakannya.  Makanya terbantutlah hasrat nak mencuba kek tersebut.

Alih alih masa sibuk sibuk belek resepi kat internet, nampak pula pic kek ni....tak pasti lah pulak ya atau tidak.  Nilah pic kek tersebut, memang serupa dengan kek yang saya makan tu, saling tak tumpah.  Tapi untuk memastikan ianya adalah kek yang sama, kenalah cuba resepinya, ya tak?

gambar dari blog nurul ain
Resepi pun saya ambik dari blog yang sama.

KEK LAPIS JEJAK RASUL
Sumber: nurul ain

Bahan untuk lapisan hijau.

120 gm mentega
1/2 gelas gula halus
10 biji kuning telur
1 gelas horlick
3 sudu makan tepung biskut marie (biskut marie dikisar)
1 sudu makan pandan paste.

cara membuat lapisan hijau

1.  pukul telur dengan gula sampai kembang.
2.  masukkan mentega dan pukul lagi hingga kembang.
3.  masukkan horlick, tepung roti marie dan pandan paste.
4.  Kukus hingga masak.

Sementara menunggu adunan hijau masak, sediakan adunan putih.

Bahan untuk lapisan putih.

120 gm mentega
1/2 tin susu manis
10 biji putih telur
1/2 gelas tepung gandum

cara membuat adunan putih

1.  pukul putih telur dan mentega sampai kembang.
2.  masukkan susu manis dan tepung gandum.
3.  Sentiasa kacaukan adunan sampai masa nak dilapiskan atas yang hijau tadi.
4.  bila adunan hijau masak, lapiskan adunan putih dan kukus sampai masak.





Tadi dah cuba buat ikut resepi ni, tapi buat 1/2 adunan je.  Ada yang kurang menjadi lah......rasanya resepi tak salah, mungkin saya tak guna sukatan yang sama dengan nurul ain untuk lapisan hijau.....maksud saya sukatan untuk serbuk biskut tu.  Agaknya sudu makan saya tu tak sama banyak dengan sudu makan nurul ain...jadinya macam kat bawah ni.


Rasanya memang sedap, lapisan atas no problem.  Nanti kalau buat lagi sekali, saya nak tukar 3 sudu makan serbuk roti marie tu kepada 1 gelas.   Tapi sekali lagi saya nak bagitau kat sini memang sedap dan memang sama rasa dengan kek yang saya makan tu.  Terimakasih kat tuan punya resepi....Selamat mencuba semua, sampai jumpa lagi ya.

IKAN BILIS MASAK KICAP

Assalamualaikum semua,  janganlah gelak tengok resepi hari ni.  Resepi ni anak bujang saya perolehi dari kawan dia.  Anak bujang saya ni belajar mekanik motosikal di sebuah training institute, tapi hujung minggu akan buat part time kat kilang membuat roti.  Katanya dia pernah makan ikan bilis masak kicap yang dimasak oleh kawan sekerja.



Terus terang saya cakapkan yang saya tak terfikir rupanya masakan yang semudah dan sebiasanya ni boleh menaikkan selera.  Biasa jugak buat ikan bilis letak hirisan bawang besar dan cili merah tuang kicap dan perah limau, tapi tak terfikirkan ikan bilis masak kicap............SubhanAllah.......melimpahnya rezeki Allah.

Bahannya senang je.  Saya bagi resepi dari pemerhatian saya sewaktu angah memasak.

kicap masin
Segenggam (lebih kurang 2 sudu makan) ikan bilis.
6 biji bawang kecil/ bawang merah
2 biji cili merah
rempah tumis secukupnya (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pekak)
minyak masak
gula sedikit dan sedikit air





Mula-mula goreng ikan bilis hingga garing.  Angkat dan ketepikan. Tumis bawang, cili merah dan rempah tumis.  Lepas tu masukkan kicap, sedikit air dan gula.  Biarkan mendidih, masukkan ikan bilis dan tutup api.  Dah siap.

Memang sedap lah.  Kalau nak rasa cubalah.  Wassalam.

CADBURY OH CADBURY

Assalamualikum semua, tengah buat apa tu?  Minggu ni isu hangat yang saya rasa lebih hangat dari ABPBH ialah isu COKLAT CADBURY.  Saya tak tahu nak bayangkan persaan terkilannya dengan pendedahan isu tersebut.  Halalan Taiban kat mana letaknya?  Terkilan bukan sebab pengesanan DNA babi tu, tapi atas sebab lain yang menyebabkan saya rasa nak menangis.

Seringkali bermain dibibir apabila anak-anak menemani ke pasaraya untuk membeli barangan runcit, bila tangan mereka merayap ke tit bits, junk food dan lain-lainnya, pesanan yang diberikan adalah "PASTIKAN YANG DIAMBIL TU ADA TANDA HALAL JAKIM TAU!".  Hebahan berita penarikan balik pensijilan halal menyebabkan anak-anak bertanya, sijil halal tu boleh diletak ikut suka-suka ke?  Beristighfar nak menjawab soalan hebat dari jiwa kecil yang sedang di didik.  Jawapan perlu difikir supaya tidak menimbulkan lebih banyak tanda tanya dalam minda.  Seringkali bila saya amat selektif dengan pembelian ayam,  mereka disekeliling akan berkata, "Kan ada sijil halal Jakim tu." namun saya tetap selektif.  Jika terdetik dibenak hati, saya tak akan membelinya.....

Sekarang, mereka di sekeliling tidak mempertikaikan pengeluar, pengilang dan pembungkusan yang membuat onar atau mengkhianati pensijilan yang diberi, biar pun pemeriksaan dan penwasan rapi dilakukan sebelum pensijilan diberi.  Namun, sekarang rata-rata masyarakat sekeliling bertanya kewibawaan pihak berwajib....Sehingga apabila beberapa produk ditarik balik pensijilan halal sepertimana berlaku kepada Produk antarabangsa seperti Cadburry,  terdetik rasa sedih kerana satu badan yang diharapkan oleh seluruh masyarakat Islam di Malaysia untuk menggunakan produk tanpa was-was di perlekehkan.

Ya Allah, bukakan lah pintu hati kami, terima lah taubat kami, lindungilah zuriat kami.  Persoalan berat yang perlu kita hadapi.  Mampukah kita menyekat dari perbuatan syubhah ini bila anak-anak meminta sesuatu yang sah tanda halalnya dan kita pula tidak dapat redha hanya dengan melihat tanda yang dibentangkan.  Wallahualam.

KEK KELASI MABUK

Assalamualaikum semua, semoga sihat selalu dan bergembira dengan aktiviti di hujung minggu.  Baru jer balik menghantar kek kepada seorang kawan lama.  Minta tolong buatkan kek untuk di hadiahkan kepada sahabatnya yang akan menyambut Gawai.  Unikkan, kat Sarawak ni kami sama2 menyambut setiap perayaan.  Biasanya kami akan hadiahkan kek kepada rakan rakan yang menyambut perayaan, dan pada hari raya pula adakalanya rakan rakan yang berbangsa lain akan menghadiahkan buah tangan seperti minuman ringan, kacang2 dan hamper, ada jugak yang hadiahkan kami kurma sebelum Ramadhan.....seronokkan.

kek yang dah siap


Seperti yang saya janjikan, saya nak kongsikan resepi KEK KELASI MABUK.  Tetapi ini bukan resepi saya tau, saya ambik resepi ni dari blog DygJack iaitu:
mazmalek blogspot

 mazmalek.blogspot


KEK KELASI MABUK
resepi : puan linda hj taiban
sumber HaSue dan Roz HomeKreation

Bahan2  untuk lapisan hijau (@alongeton)

450gm mentega
14 biji kuning telur
6 biji putih telur
200 gm horlicks (sebungkus kecil)
150 gm gula (1 gelas)
150 gm tepung (1 1/2 gelas)
2 sudu teh esen vanilla
1 botol pandan paste

cara membuat lapisan hijau

1.  Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2.  Masukkan mentega ke dalam adunan telur dan pukul lagi sehingga putih dan pekat (saya guna high speed).
3.  Kemudian masukkan horlick, tepung, esen vanilla dan perasa pandan dan gaulkan rata.
4.  Bahagikan aduan kepada 2 bahagian sama banyak, dan kukuslah satu bahagian untuk lapisan bawah selama lebih kurang 30 minit.
Note:  Didihkan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus adunan kuih.
mazmalek.blogspot
adunan hijau yang telah di bahagi dua

adunan hijau yang pertama sedia untuk di kukus

Bahan untuk lapisan putih

8 biji putih telur
10 sudu meja gula halus
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi (ambil air nya)

Cara membuatnya

1.  Pukul putih telur hingga kembang (high speed)
2.  Masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga jadi putih gebu (meringue)
3.  Masukkan tepung dan pukul lagi.
4.  Akhir sekali masukkan air limau.

adunan putih

Untuk mendapatkan lapisan yang cantik, mula buat adunan putih setelah lebih kurang 20 minit adunan hijau di kukus.  Ini supaya adunan putih yang telah siap tidak direhat dan terus di kukus setelah siap di adun.

Setelah adunan hijau pertama masak masukkan adunan putih.  Akhir sekali setelah lapisan adunan putih masak, masukkan lapisan terakhir hijau dan kukus sampai masak.  Tutup permukaan kek supaya tak terkena air kukusan.  Selamat mencuba ya dan jumpa lagi.






Saturday, 24 May 2014

KEK DANGDUT

Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu....hari ni saya nak kongsikan dengan pembaca semua resepi Kek Dangdut.  Kek ni adalah salah satu kek yang selalunya ahli keluarga mertua buat untuk perayaan.  Saya ada google resepi kek ni, tapi tak sama dengan resepi yang saya ada.  Pernah saya postkan gambar kek ni sebelumnya kat blog lama dan wall fb.

Minggu ni ada sorang kawan lama minta tolong buatkan 2 biji kek,  Kek Dangdut dan Kek Kelasi Mabuk.  Itupun dia tengok saya post kat fb, aktiviti mingguan terkini.  Esok saya kongsikan resepi Kek Kelasi Mabuk dan cara membuatnya, ok.  Kita mulakan ya.

Sebelum kita mulakan proses membancuh adunan kuih, terlebih dahulu didihkan air kukusan ya.

Bahan2nya :


1 buku buttercup/ golden churn
1/2 gelas gula
5 biji telur
100 gm horlikcks (1/2 pkt kecil)
150 gm susu nespray (1/2 pkt kecil)
1/2 tin susu manis
1 sudu teh esen vanilla
1/2 gelas tepung gandum (optional, tak letak pun tak pe)


Cara membuatnya.

1.  Pukul buttercup dengan gula sampai kembang.  tengok gambar kat bawah.


















2.  Masukkan telur satu persatu, dan terus pukul adunan sampai sebati.
3.  Masukkan susu pekat, horlick susu tepung dan gaul rata.  (terus guna mixer).
4.  Bila dah gaul rata, masukkan tepung dan esen vanilla, gaul lagi supaya rata.
5.  Alas acuan dengan kertas, masukkan adunan dan tutup permukaan acuan.
Saya gunakan plastik pembungkus nasi campur bersaiz 9 X 9, boleh juga gunakan aluminium foil.  Kukuslah selama 4 - 6 jam.  Hasilnya....tadaaa!  Selamat mencuba ya.....sehingga kita bertemu lagi.



Friday, 23 May 2014

KEK CHEESE OREO

Kebelakangan ni memang kesihatan agak terganggu,  sakit belakang yang agak lama dihidapi mendadak jadi teruk.  Sejak tu aktiviti luar agak terbatas.  Hujung minggu banyak hbiskan masa indoor je.  Kerja rumah yang agak berat pun diambil alih oleh ahli keluarga yang lain.

Alhamdulillah, encik suami banyak membantu, beri layanan istimewa sejak tak berapa sihat ni.......terfikir pula nak manjakan suami dwngan kek yang dia asyik sebut sebut nak makan.  So hasil "google"lan, aku salin resepi ni dan buat ubahsuai sikit sikit khas untuk encik suami.



jom kita share resepi dia

Bahan bahannya

3 bungkus biskut Oreo
500 gm cream cheese
1 cwn yogurt rendah lemak
susu pekat manis secukup rasa
1 sudu makan gelatin
1/2 buku buttercup

Cara membuatnya

Buat lapisan bawah dulu

1.  Hancurkan 1 1/2 bungkus biskut oreo dan masukkan ke dalam bekas.
2.  Cairkan buttercup dan masukkan se
dikit demi sedikit dalam bekas orwo tadi dan gaul rata.
3.  Kemudian masukkan dlam loyang, kalau ada springfoam lagi bagus.  Kalau tak ada, gunakan apa apa acuan tetapi lapikkan bahagian dalam acuan menggunakan aluminium foil supaya kek nanti senang di keluarkan untuk dipotong.
4.  Tekankan adunan biskut tadi hingga agak padat dan rata didalam acu n dan sejukkan selama 30 minit di dalam peti sejuk.

Lapisan cheese

1.  Putarkan cheese hingga berkrim.
2.  Masukkan yogurt dan putar lagi hingga sebati.
3.  Masukkan susu manis, rasakan secukupnya.
4.  Hancurkan 2/3 bungkus oreo dan masukkan dalam adunan tadi dan gaul rata.
5.  Akhir sekali masukkan gelatin yang telah di larutkan dengan air panas, gaul rata.
6.  Tuang ke dalam bekas lapisan biskut oreo tadi dan ratakan.
7.  Hentakkan perlahan acuan untuk ,eneluarkan udara dan memastikan aduanan betul betul padat.
8.  Kemudian simpan kek di dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam atau lebih wlok jika bermalam.



Selera betul tengok encik suami makan kek tu.  Memang sedap.  Jadi sekarang ni lah aktiviti hujung minggu aku.....sampai jumpa lagi.