Sunday 25 May 2014

KEK KELASI MABUK

Assalamualaikum semua, semoga sihat selalu dan bergembira dengan aktiviti di hujung minggu.  Baru jer balik menghantar kek kepada seorang kawan lama.  Minta tolong buatkan kek untuk di hadiahkan kepada sahabatnya yang akan menyambut Gawai.  Unikkan, kat Sarawak ni kami sama2 menyambut setiap perayaan.  Biasanya kami akan hadiahkan kek kepada rakan rakan yang menyambut perayaan, dan pada hari raya pula adakalanya rakan rakan yang berbangsa lain akan menghadiahkan buah tangan seperti minuman ringan, kacang2 dan hamper, ada jugak yang hadiahkan kami kurma sebelum Ramadhan.....seronokkan.

kek yang dah siap


Seperti yang saya janjikan, saya nak kongsikan resepi KEK KELASI MABUK.  Tetapi ini bukan resepi saya tau, saya ambik resepi ni dari blog DygJack iaitu:
mazmalek blogspot

 mazmalek.blogspot


KEK KELASI MABUK
resepi : puan linda hj taiban
sumber HaSue dan Roz HomeKreation

Bahan2  untuk lapisan hijau (@alongeton)

450gm mentega
14 biji kuning telur
6 biji putih telur
200 gm horlicks (sebungkus kecil)
150 gm gula (1 gelas)
150 gm tepung (1 1/2 gelas)
2 sudu teh esen vanilla
1 botol pandan paste

cara membuat lapisan hijau

1.  Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2.  Masukkan mentega ke dalam adunan telur dan pukul lagi sehingga putih dan pekat (saya guna high speed).
3.  Kemudian masukkan horlick, tepung, esen vanilla dan perasa pandan dan gaulkan rata.
4.  Bahagikan aduan kepada 2 bahagian sama banyak, dan kukuslah satu bahagian untuk lapisan bawah selama lebih kurang 30 minit.
Note:  Didihkan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus adunan kuih.
mazmalek.blogspot
adunan hijau yang telah di bahagi dua

adunan hijau yang pertama sedia untuk di kukus

Bahan untuk lapisan putih

8 biji putih telur
10 sudu meja gula halus
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi (ambil air nya)

Cara membuatnya

1.  Pukul putih telur hingga kembang (high speed)
2.  Masukkan gula halus sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga jadi putih gebu (meringue)
3.  Masukkan tepung dan pukul lagi.
4.  Akhir sekali masukkan air limau.

adunan putih

Untuk mendapatkan lapisan yang cantik, mula buat adunan putih setelah lebih kurang 20 minit adunan hijau di kukus.  Ini supaya adunan putih yang telah siap tidak direhat dan terus di kukus setelah siap di adun.

Setelah adunan hijau pertama masak masukkan adunan putih.  Akhir sekali setelah lapisan adunan putih masak, masukkan lapisan terakhir hijau dan kukus sampai masak.  Tutup permukaan kek supaya tak terkena air kukusan.  Selamat mencuba ya dan jumpa lagi.






No comments:

Post a Comment