Monday 16 June 2014

NASI AYAM ALA BRIANI

Assalamualaikum, bertemu lagi kita.  Ada teka teki tentang tajuk post kali ini?  Kenapa namanya ala briani dan bukan briani?  Sebab memang bukan nasi briani pun.  Saya cuma olahkan ikut macam nasi briani, sebabnya rempah brianinya tak cukup. Sengaja masak nasi sebegini untuk menyambut Hari Bapa untuk suami, tetapi suami outstation, suami saya memang suka nasi briani.  Makanya saya hidangkan nasi ala briani ni untuk anak anak bapanya, wakilkan..

Bahan bahannya


1.  6 potongan ayam (saya gunakan 2 kepak, 2 peha dan dua bahagian atas peha) a.k.a setengah ekor dan sedikit lemak ayam



2.  1 kilo beras



3.  Bahan kisar :- 1 biji cili merah
                           1 biji bawang besar
                           5-6 ulas bawang merah
                           4  ulas bawang putih
                           1 inci halia
                           sedikit kas kas
                           sedikit ketumbar (boleh tambah sebiji buah keras kalau ada)
4.  Rempah tumis
5.  1 sudu meja serbuk kari dan 1/2 sudu teh serbuk kunyit
5.  1/2 gelas susu cair
6.  Daun pandan
7.  Minyak untuk menumis (sedikit minyak sapi atau mentega)

Cara membuatnya.

1.  Basuh beras dan toskan.


 Kisar semua bahan kisar.
Panaskan minyak dan tumis hingga naik bau dan kekuningan, beserta dengan rempah tumis, serbuk kari,  serbuk kunyit dan daun pandan.
Bila tumisan agak kekuningan dan pecah minyak masukkan lemak ayam, dan tumiskan lagi hingga lemak ayam mengecut dan kental
Selepas itu,                         

Masukkan ayam, dan gaulkan kemudian biarkan sebentar.

Masukkan susu cair, air, garam dan sedikit perasa makanan,  boleh campurkan satu sudu teh cuka jika mahu. 
renihkan hingga kuah kering dan keluarkan ayam dari kuali beserta dengan setengah kuahnya (jangan ambil minyaknya dan rempah ratus, biarkan setengah kuah dan minyak tinggal dalam kuali)


Langkah seterusnya ialah memasak nasinya.


Masukkan beras yang telah ditoskan tadi di dalam kuali yang masih ada kuah tadi.

Tumiskan beras tadi hingga  beberapa minit.
Pindahkan ke dalam rice cooker dan letakkan dua helai daun pandan
Masukkan air macam masak nasi biasa, kurangkan sikit je dari paras dia. Boleh tambah sedikit garam jika suka. Bila rice cooker berhenti memasak, kacau nasi tadi biarkan sebentar dan tekan balik suis ke memasak untuk kali kedua boleh ulang hingga tiada lagi nasi yang mentah (saya alihkan ke dapur gas dan masak dengan api perlahan hingga nasi masak sekata.) 
Siap sudah menu kita NASI AYAM ALA BRIANI.  Bolehlah hidangkan dengan dalca, acar timun dan sambal terung.  Untuk pengetahuan saya hanya guna beras biasa dan bukan beras Basmathi, sebab tu ini bukan nasi Briani ya.  Boleh cuba untuk juadah hujung minggu.  Selamat mencuba.  Wassalam.











No comments:

Post a Comment