Sunday 17 December 2017

JOM WEEKEND DI KUCHING

Weekend di Kuching?  Jom.  Tengah usha usha flight ke destinasi idaman untuk 2018? Tetiba tertera harga tambang menawan ke Kuching.  Weekend der.  So, let's make the best out of it.

Ni nak tujukan kepada yang tak pernah ke Kuching, yang dah biase lalu lalang KIA (Kuching International Airport), boleh skip dan gi blog lain for travel info......hahaha.  Melawak jer, jangan kecik ati.

Katakan flight sampai Kuching tengahari, just ambik jer teksi airport tu, gi lah mana2 hotel bajet yang melambak kat tengah bandaraya tu.
Kalu nak homestay, pun ada.  Rajin-rajin tengok air bnb.

Dah sampai tempat penginapan, jangan gi tido pulak.   Gi jalan jalan sepanjang waterfront. Di situ ada sebuah museum China dan Toa Pekong besar.  Boleh masuk kalo nak ambik gambar. Di seberangnya berderet kedai jualan produk dan souvenier, dan yang paling best, kain songket Sarawak/Sunda yang cantik-cantik.  Kalo nak yang murah, gi jer kedai jual kain ela di sepanjang deretan kedai di hujung sekali.

Penat dah ker?  Kita gi makan dulu.  Nak makan apa?  Pilih jer.  Jangan risau, Salleh Corner 3 terletak sebaris Hotel Riverview.  Tak banyak pilihan?  Jalan tak jauh, boleh sampai ke Plaza Merdeka Shopping Mall, kat situ ada foodcourt.  Sebelahnya ada Muzium Textile.   Tak nak? Gi jer Saujana foodcourt untuk masakan Melayu.  Nak makanan mamak, depan bangunan mahkamah lama dan di jalan India ada.  Nak yang lagi best, gi ke Azreen Cafe atau Sahabat Khan di Satok.  Kalo nak guna grab, type jer, mmg ada deatinasinya.  Kalo nak fastfood, gi jer Plaza Merdeka.

Kalau rasa nak makan cucur atau pisang goreng, keledek goreng untuk minum petang, boleh duduk di Dayang Salhah Cuisine, di Hill'/ Pullman Hotel.  Rm1.00 3biji pisang goreng, duduk sambil pekena teh dan kopi panas.

Malam jangan lupa ronda balik ke Waterfront tau.  Daya tarikan terkini ialah Jembatan Daru Hana.  Meriah tau.  Rasakan goyangan apabila berada di tengah tengah jembatan tu.  Ambik gambar setiap kali dia tukar warna.  Cantik....memang sangat cantik.  Ambik view dia yang cantik, dimana boleh nampak bangunan dewan undangan negeri.

Satu lagi yang seronok bila di waterfront waktu malam.  Kiosk Kek Lapis Fresh Bake.  Baru siap bakar, terus potong kat situ.  Sedap.  Tak caya, rasa dulu semua tester, dah tu jangan pulak teragak agak nak decide kek mana nak bawak balik....Sebab semua sedap.  MamaSu nama kiosknya.  Tak payah gesa gesa nak balik bilik, lepak dulu tengok anak muda busking, nak berinai tatoo pun ada.  Nak makan, sepanjang waterfront, ada gerai2 makanan yang tak kurang sedapnya.  Ada sate, mi kolok, laksa Sarawak, nasi aruk ikan masin terubok, dan banyak lagi menu yang hot hit.  Pendek kata, kalau tengah bandar ni jalan kaki jer, banyak destinasi menjamu selera.  Kalau nak naik perahu tambang pun ada.  Aktiviti lain di waterfront, naik OOha Donut Chill (bot bentuk donut), River cruise dan main permainan gelembung buih sabun besar dan pelayang di tengah datarannya.

Kalo nak gi Uptown Sivik Centre pun ada.  Pasar malam hujung minggu.  Boleh juga usha sotong tutok (sotong kering bakar dan dimesin).

Esoknya Ahad boleh awal awal jalan kaki menyeberang jembatan Darul Hana ke Taman Orkid.  Dari Taman Orkid, jalan kaki boleh ke Fort Magherita. Banyak peninggalan sejarah disitu.
Rasanya tu sajalah yang kita dapat buat kalau sampai Kuching Hari Sabtu dan fly balik malam Ahad......tapi kalau nak grab buah tangan, memang berbaloi.  Sebenarnya ada lagi tempat boleh pergi untuk weekend tu, buat jer pilihan yang mana.  Di bawah ada senarainya.

1.  Damai Central (45 minit dari pusat bandar)
     Tengok sunset
     Memanah traditional
     Naik kuda
     Rabbit house
     Seafood
     Main pantai
2.  Kampung Budaya (45 minit dari pusat bandar)
3.  Camp Permai (45 minit dari pusat bandar)
4.  Pasar Serikin (1 jam dari pusat bandar) sempadan Indonesia macam kat Padang Besar
5.  Jong's Crococodile Farm (45 minit dr pusat bandar)
6.  Semenggok Wildlife Centre (30 minit dari pusat bandar)
7.  Annah Rais Long House ( 1 jam 30 minit dari pusat bandar)
8.  Borneo Highland (1 jam 45 minit dari pusat bandar)
9.  Matang Wildlife (1 jam dari pusat bandar)




















No comments:

Post a Comment