Wednesday 10 April 2013

Kuching To Kundasang Part 2

Hai, kita sbg lagi perjalanan kita, ok. So dari Lawas, jam 8 pagi kami gerak ke Sabah.  Ops lupa nak share, before sampai Lawas kita orang masuk Brunei 2 kali (tumpang lalu je).  Dari Miri masuk Brunei lps tu Limbang (Sarwak) masuk Brunei lagi barulah sampai Lawas. Nilah peta yg hubby kwn aku bagi.  Siap bagi jarak dan tempoh masa perjalanan lagi (tentera mmg detail btl).  Tengokje lah brapa pos imigresen yang kita orang kene lalu dan nak kene cop.




1st day kat Sabah, kita orang sampai ke Kundasang jam 12 tengahari.  Check-in time standard mmg kol 2pm, tapi nasib badan, dia orang bagi je kita orang masuk.  Nilah tempatnya Kundasang Inn.  Sorilah lupa pulak nak ambik gambar dalam bilik.. Kat sini tak da TV dalam bilik, cuma ada kat ruang lobby nye aje.

depan penginapan



dari fb Kundasang Inn
Sewa bilik untuk dua jenis yang kat dlm gambar tu rm100 for peak season/weekend dan rm80 untuk weekdays.  Tapi boleh g kat http://www.kundasanginn.com.my/ untuk update harga bilik die.  Eh eh aku lupa lah, actually 1st destination kitaorang rumah terbalik http://www.theborneopost.com/2012/03/11/upside-down-house-in-records-book/ Nak masuk kerumah terbalik ni bayaran dia rm10 untuk dewasa dan rm 3 kalau tak silap untuk kanak-kanak.




Tapi sori yek, tak boleh ambik gambar kat dalam rumah tu.  Hubby yang minat sangat tengok rumah terbalik ni.  Sampaikan guide yang bawak kita org masuk rumah tu kene tunggu die sorang je tak kluar2.  Sebab die orang bawak masuk dalam rumah ni ikut kumpulan.  Setiap kumpulan 5-8 orang je.  Semua benda kat dalam rumah ni terbalik.  Tak pe gambar kat bawah ni boleh lah bagi hint sikit.  Ni pon aku ambik gambar dari fb Kundasang Inn.


Aku rase ni pekerja kat rumah tu bersihkan peraabot yang terbalik tu.  Ko bayangkan semua perabot yang kat atas tu adalah kat siling rumah.  Mana sampainya nak sentuh siling rmh cam tu je, nak2 kene panjat tangga wei.  Keluar dari situ Hubby kate die rasa macam mabok, sebab tak dapat nak adapt dengan situasi kat dlam rumah tu....Ade ke!!!!!!

K, kite sambung balik bab lepas check-in.  Lunch kite orang makan kat Ranau.  Kebetulan pulak kat kedai kita orang makan tu yang buat nasi ayam nye orang Sarawak.  Lepas tu terus aje ke Poring Hot Spring.  Kita orang memang dah tulis dan rancang awal tempat2 yang nak di lawati sebab boleh jimatkan masa.  Poring Hot Spring adalah taman Negara Air Panas semulajadi kat sini.  Berendam kat sini , katanya boleh merawat berbagai penyakit.  Fee masuknya hanya rm3 seorang.  



Kat sini punca air panasnye.  Seronok betul dua beranak merendam kaki.  Aku je yang tak buat byk aktiviti kat sine, tiada rendaman ataupun mandi-mandian.  Sebab kenapa tak join rendam kaki?  1.  Aku sibuk layan Wani mandi....Dan sebab yang paling utama ialah  AKU GELI BEB.  Bayangkan berapa kaki yang dok kongsi kolam yang sama dan rendam kat dalam tu....eeeewwww!  Ni pulak aksi Wani



Kat sini juga ada taman rama2 dan jungle trekking, juga ada lodge penginapan.  So lepas Wani puas mandi, kemas2 kita orang pergi pulak satu tempat yang anak2 aku enjoy betul2.




Yes, Fish Spa......lagi sekali tak banyak aktiviti yang aku boleh buat kat sini.....geli.  Aku tak tahan bila ikan2 tu main 2 kat kaki..   Rasa macam sesuatu yang licin dan sejuk gi jamah2 kaki.  Kat sini, kita orang sampai kol 5 lebih, sepatutnya tempat ni tutup dah, tapi kata pekrjanya tak apalah, sebab datang dari jauh.  Sekali sesi spa untuk 15 minit.  Eheheh tak percuma, ok.  Kena bayar rm5 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak2.  Yang seronoknya kat kebanyakan tempat yang aku pergi di sini, dia orang letaak dewasa as 17 taun ke atas, so abang long pon under kategori kanak2.....sampai abang long kate....huhuhu.  Fish Spa ni letaknya kat Kpg Luanti, bersebelahan dengan Sabah Tea.  Sebab hari dah senja jadi kita orang terus je back to Ranau dan took our dinner.  Then straight back to the Inn.  On the way dari Ranau ke Kundasang, dah gelap sikit dan yang paling tak selesa ialah memandu dalam kabus.  Jarak penglihatan terhad.  Sampai kat bilik, masing2   macam takut je nak mandi sebab masa basuh tangan kat sink, fulamak airnye sejuk mcm air batu.

pagi di Kundasang

8 am




Baby paling lucu, suka tengok dia gelak tengok bila bercakap keluar asap

Tu jelah perjalan di hari pertama, next aku akan criter hari kedua di Sabah K. Jumpa lagi. (ps Emily Esther dah nak balik Sabah ujung bulan ni...huhuhu)


























No comments:

Post a Comment