Tuesday 20 August 2013

MINTA MAAF TU SUSAH TAU!

Selalu ade persoalan di kalangan masyarakat Melayu Islam kita, kenapa nak tunggu raya baru nak minta maaf?  Hhhmmmm aku pon terfikir gak camtu, kenapa lebih rutin minta maaf waktu raya, kenapa tak lepas je buat silap kita sedar terus minta maaf.


Aku selalu pesan kat diri aku sendiri kalau tak suka perangai atau
 perbuatan seseorang tu jangan sampai membenci.  Aku pernah dengar member aku citer kat member yang lain die benci aku, nak buat camne aku senyum jelah.  Aku tak de lah nak gi confront die tanya kenape die benci aku.  Walaupun telinga aku sendiri yang dengar die cakap macam tu, dan die tak perasan aku ade kat situ.  Aku tau Allah nak tunjuk ade yang aku buat orang tak suke.

Pernah juga aku minta maaf, hulur tangan bagai orang tak layan.  Aku cuba lagi sampai die sambut tangan aku.  Alhamdulillah taun ni die dengan senang hati hulur tangan dan peluk aku masa raya.  Berbalaoi kan buat muke tembok macam aku ni.

Cuma aku terkilan dengan sorang kawan aku yang pernah fitnahkan aku, lama dah maafkan die, cuma luka tu masih berbekas lagi, sebabnya kerana fitnah tu aku putus hubungan dengan sesorang yang aku hormati.......dalam bab tu, aku selalu berdoa semoga Allah sentiasa ikhlaskan hati aku untuk memaafkan dan kuatkan aku untuk sentiasa minta maaf.

Jadi kat sini aku nak kita sama merenung kembali, jangan buat dek jer pasal maaf memaafi ni.  Culup cukup susah nak buat, lagi lagi kalau orang tu sangat akrab dan rapat dengan kita, macam pasangan suami isteri.  Walau pun tiap hari aku akan minta maaf kalau die ada sebab terasa hati aku cukup berhati hati takut nanti die jemu dengan perkataan maaf tu.

Ada satu yang aku selalu dengar hubby aku cakap dengan kawan kawan perempuan dia bila dorang ucapkan maaf zahir je ya,  hubby akan jawab kita kene minta maaf zahir batin kerana maaf tu di zahirkan dengan lafaz dan batin pula adalah keikhlasan hati kit untuk memberi dan meneruma kemaafan...... Thanks Mr. Hubby for teaching me a lots of thing.  Salam dari alongeton.

No comments:

Post a Comment