Monday, 19 August 2013

TERLIUR RENDANG (RESEPI TURUN TEMURUN NI)

Rasa nak makan rendang lah pulak!  Baru mula puasa balik harini.  Aku tak biasa buat rendang ni, hanya buat masa raya je, terus terang aku cakap.  Sebabnye rendang turun temurun kita orang ni aku rasa sikit payah nak buat.  Macam korang pernah baca sebelom ni, aku suka buat masakan yang simoel je, macam iklan maggi yang tagline die sampai sekarang aku suka "Cepat DiMasak Sedap DiMakan!".


Mesti korang agak musykilkan, kenape tak beli je, kat kedai makan hari hari dorang buat rendang, dan kalau nak lagi cepat belije yang dalam tin atau perencah segera tunggu boh daging je..........rasenye tak same beb!

Sebab nak layan tekak, kenelah buat jugak.  Soriye kali ni aku malas nak ambik gambar.....tak larat!

Bahan-bahannya

1 kg daging, aku suka guna knuckle sebab ade lemak lemak sikit. Potong dadu 1/2 inci kalo suka boleh campur masuk hati lembu 200gm camtu.  Potong dadu k!  Dah tu masukkan dalam kuali, letak garam sesudu teh, renihkan sampai air daging tu kering. Tak payah masuk air tau.

Perah 1 kg santan parut.  Ambik 3 cawan santan pekat ketepikan.  Ambik 5 cawan santan cair, masukkan dalam kuali yang dah kering air daging tadi.  Masuk bersama bahan kisar, kat bawah ni

Bahan kisar
Cili kering 20tangkai
Bawang merah 10 biji
Halia 2 inci
Kunyit hidup 1 inci
Serai 2 batang di titik je, yang lain kat atas tu kisarkan.  Masukkan dalam kuali bersama santan cair dan renihkan sampai kering juga.

Bila dah agak kering, baru masukkan rempah kisar pula, bhnnya kat bawah

2 susu besar ketumbar
2 biji bunga lawang, ceraikan
4 biji buah sapulaga
10 kuntum bunga cengkih
seinci kulit kayu manis
sedikir jintan putih dan jintan manis
Semua rempah ni di sangai dan lepas tu di kisar
Masukkan dalam kuali tadi bersama santan pekat dan 3 sudu kerisik.  cukupkan rasa dengan garam dan serbuk perasa kalo suka, biasanya aku tak letak lagi serbuk perasa.
Biarkan mendidih, bila dah agak pekat, kecikkan api dan biar kering dan keluar minyak dari santan tadi.......nyum nyum.  Sedapnii makan dengan lemang dan nasik impit

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete