Sunday 11 August 2013

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Hari ni dah masuk raya ke empat.  Rasanya belum terlambat untuk aku ucapka Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua umat Islam dimana saja berada.  Disebabkan tuntutan tanggungjawab menyebabkan agak terabai blog ni.  Mana taknya, seminggu sebelum hari raya, aku dah mula masuk kerja, memandangkan ramai kawan kawan lain yang bercuti.


Hari Raya memang sangat mengujakan setiap tahun kedatangannya.  Aku macam biasalah, sibuk macamana pun, santai je......buat yang termampu dek fizikal dan mental juga kekentalan poket.....hihihi.  Raya tetap raya, meriah walaupun macamana gaya kita menyambutnya.


Gambar kat atas ni, ialah waktu adik aku yang no. 2 dan makayah berkunjung raya kat rumah aku masa raya kedua.  Yalah, adik aku tu je yang duduk di perantauan.  So, suasana balik kampung lebih dirasai oleh dia dan keluarganya.

Waktu nilah, kami akan saling mengunjungi sanak saundara.  Bagi aku sekeluarga, raya pertama memang dikhususkan untuk ahli keluarga sahaja, tak de menerima tetamu pada hari pertama.  Yang muda akan menziarahai yang lebih tua.  Tapi bagi aku, tak berapa nak kesah pasal tu.  Yang penting aku akan berkunjung ke msemua sanak saudara, rumah adik2 adik aku, sebab keluarga adalah elemen penting dalam menyambut aidil fitri ni.

Anak-anak, macam biasa je.....cuma tahun ni, lepas je solat sunat aidil fitri, angah dah pergi katering kat rumah sapa nta.  Tu yang aku tak seronok nak ambik gambar raya tu.  Dikesempatan ni aku doakan korang sentiasa gembira di hari raya ni, dan jangan kita lupakan mereka yang kurang bernasib baik.  Wassalam.

No comments:

Post a Comment