Sunday 31 August 2014

MACARONI CHEESEE ADHA

Assalamualaikum semua,  agak terlewat nak kongsikan resepi ni untuk sarapan pagi ini.  Tapi tidak mengapa, untuk makan malam dan minum petang pun enak rasanya.  Resepi ini air tangan anak lelaki saya yang nombor tiga, Muhd Nur Afiff Adha.  Dia buatkan untuk makan malam, mungkin terasa muak makan malam yang berat aka nasi campur.

 Ini bahan2nya.

1 labu bawang besar
2 siung bawang besar
2 keping nugget tempura (kami memang stok nugget tempura dan brand kegemaran nutriplus)
sedikit minyak masak agak 2-3 susu meja (kalau anda seorang yang sangat peka dengan kesihatan guna minyak canola atau extra virgin oil)
secubit oregano dan basil



Herba ini terpulang kepada yang menggemari rasanya, bagi yang tidak suka tidak perlu.
1/2 bar keju cheddar yang di parut
(pesanan Adha, "Ma, no salt no ajinomoto ok!".........Adha dah susun nama tiga universiti dan kursus pilihan adalah Kulinari.  Doakan kejayaan Adha yang sekarang berada di tingkatan empat kelas Sains.

Cara membuatnya senang sangat

1.  Rebus macaroni sampai masak dan toskan
2. Tumis bawang yang sudah di cincang bersama dengan herba tadi sampai layu je dengan api sederhana, masukkan nugget yang juga sudah dicincang dan kemudian masukkan macaroni dan gaul rata.

macaroni hanya sekadar digaul rata sahaja dengan bahan tumisan tadi, keluarkan dan letakkan di dalam bekas yang tahan ketuhar.  Taburkan keju cheddar parut keatasnya dan bakar sekejap.  Anda boleh menabur daun sadri, sedikit lada sulah atau lada hitam kisar sebagai penambah perasa.  cubalah, anak remaja pasti suka, sebabsresepi ni di sediakan oleh nak remaja 16 tahun.....Selamat mencuba.  Wassalam.



No comments:

Post a Comment