Monday 1 September 2014

KUIH SERIMUKA WANI

Assalamualaiku, hari ini masih lagi cuti umum.  Memandangkan cuaca yang agak panas, maka tiada cadangan untuk bersiar-siar, walaupun berbagai aktiviti sedang berjalan di bandar semoena bulan kemerdekaan.  Mari kita berkonsi kuih untuk juadah minum petang.

Hari ini saya telah sediakan kuih serimuka untuk minum petang.  Kuih ini lebih di kenali dengan panggilan pulut sekaya di tempat saya.  Ianya adalah sejenis kuih tradisional.  Walaupun ianya senang di dapati di gerai gerai atau di kedai kopi, dan adakalanya menjadi hidangan juga di hotel hotel, tidak ramai generasi sekarang yang tahu membuatnya.

Kebiasaannya saya tidak mempunyai sukatan tertentu untuk membuat kuih kuih tradisional ini, al maklumlah mewarisinya dari mak.  Biasanya saya akan melihat mak membuat kuih ini dari A - Z, dan membolehkan saya mewarisi sukatan agak agak di dapur.

Untuk kali ini saya gunakan sukatan cawan ya.

Bahan nya

3 cawan beas pulut di rendan semalaman.
Kemudian toskan, masukkan kedalam acuan.  Masakkan pulut tadi dengan santan cair yang sudah di campurkan sedikit garam.  Paras santan adalah sama paras dengan pulut.  Kukus hingga masak.
Sementara menunggu pulut kita masak, bolehlah kita sediakan bahagian atasnya.

Bahannya
5 helai daun pandan segar di gunting dan letakkan didlam pengisar bersama 2 cawan air dan
1/2 kg kelapa parut
Kisar dan tapis, perah hampas hingga kering.

Bilas pengisar dan kemudian masukkan semula santan yang sudah di tapis tadi kedalam pengisar.
Masukkan


2 biji telur
1 cawan gula pasir
3 cawan tepung gandum, blend hingga semuanya sebati dan dapatkan tekstur seperti kuih ketayap ataupun kuih dara lenggang
Agkat pulut dari pengukus dan tekan supaya jadi padat menggunak senduk nasi.
Tuangkan adunan tepung tadi keatasnya
Tutup permukaan kuih dengan plastik atau aluminium foil.  Kukus hingga masak.

nasihat saya tunggu kuih betul betul sejuk sebelum di potong, jangan jadi seperti gambar di atas.  Anak anak tidak sabar tunggu kuih sejuk.  Selamat mencuba, Wassalam.

No comments:

Post a Comment