Saturday 13 September 2014

AYAM MASAK LOMAK CILI API

Assalamualaikum semua, memandangkan lama sudah tidak menikmati masakan dari kampung ayah, malam ini teringin pulak nak masak gulai "lomak cili api".  Kalau boleh dan mampu, nak saja saya tulis entri kali ini dalam bahasa Nogori........tapi sayangnya saya tidak dibesarkan dalam keluarga yang bertutur bahasa ibunda Nogori.  Makanya hari ini saya kongsikan resepi masakan istimewa kegemeran Abg Long, Ayam Masak Lemak Cili Api.


Bahannya

Seekor ayam sederhana besar lbh kurang 1.2 kg
Cili api kampung 30-50 biji, kalau nak pedas tambah lagi
Kunyit hidup 
Bawang merah 5 ulas
Serai 2 batang
Asam keping sikit
1/2-1kg kelapa parut....saya guna 1/2 kg jer
4 biji ubi kentang potong dadu

Caranya
Kisar halus cili api, kunyit dan bawang merah.  Serai keuk ketuk jer.  Masukkan ayam yang sudah di bersihkan dalam periuk bersama dengan bahan kisar, asam keping, serai, garam dan sedikit air.  Renihkan agak agak ayam separuh masak.
Sesudah itu masukkan santan dan ubi kentang, kalau nak pekat ambil santan pekat sahaja lebih kurang 500ml, tapi anak anak suka kalau kuah tak pekat sangat, maka saya perah santan 1 liter santan.  Saya tidak membahagikan kepada santan air dan santan pekat.  Perbezaan memasak gulai ini dengan mak saya sebab saya perlu memendekkan masa untuk menjadikannya mudah bagi saya yang masa agak terhad.  Kalau hendak lebih sedap, "suami komen mak masak lemak lagi sedap!", mak akan renehkan dulu ayam dengan santan cair, bila hampir masak masukkan ubi kentang dan santan pekat.

Bila sudah di masukkan santan, pastikan gulai dikacau dan tidak dibiarkan santan berketul sebab dibiarkan mendidih tanpa dikacau.  Cubalah tak rugi tau!

No comments:

Post a Comment