Sunday 14 September 2014

BINGKA LABU ARUK

Assalamualaikum semua, semoga sihat hendaknya disamping keluarga tersayang.  Saya pula menghabiskan cuti hujung minggu mengemas rumah dan terfikir pula untuk menjual barangan yang saya simpan sekian lama dalam bentuk garage sale.  Itupun online sahaja.  Petang tadi untuk minum petang sempat saya siapkan bingka labu.  Lama juga hasrat untuk membuat bingka labu ini, sehinggakan labu yang saya beli dari rakan saya sudah kelihatan hendak mengecut kulitnya.

Untuk resepi bingka labu saya hari ini, saya masakkan sekejap adunannya dan kemudian baru saya bakar di dalam oven.  Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

800gm labu kuning (sebiji labu bersaiz kecil)
rebus, toskan airnya.

500ml santan dari 250gm kelapa parut (kalau nak lagi lemak boleh guna 1/2 kg kelapa parut)
Gula apong/merah dan gula pasir secukupnya
2 helai daun pandan
2 gelas tepung.

Saya tidak jadikan labu rebus saya kepada puree, sebaliknya apa yang saya buat ialah:
1.  Masakkan santan bersama gula merah dan gula pasir serta daun pandan.  Biarkan mendidih dan agak pekat.

2.  Saya masukkan kembali labu rebus tadi dan kacau sehingga semua labu hancur dan adunan sedikit pekat.

3.  Kecilkan api dan masukkan 2 gelas tepung sedikit demi sedikit dan terus kacau adunan tersebut.  Bila dah rata bolehlah tutupkan api.
4.  Keluarkan daun pandan tadi dan alihkan aduanan ke dalam loyang yang telah di gris dengan mentega.
5.  Bakar dalam oven pada suhu 150 degree celcius selam 1 jam.
6.  Bila sudah masak, sapukan sedikit mentega di permukaannya dan biarkan betul betul sejuk sebelum di potong.


Alhamdulillah memang sedap dan menyelerakan.  Lebih lebih lagi ditemani kopi O kurang manis.  Cubalah, memang tidak menghampakan.  Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment